Tuesday, September 28, 2010

Sejenak aku berfikir....Semoga kekal dilubuk hati untuk berwaspada dan perkuatkan iman..

" Dia (Dajjal) datang dan mengajak sesuatu kaum, lalu mereka beriman dan memenuhi ajakannya. Dia memerintahkan langit sehingga turun hujan, memerintahkan bumi hingga menumbuhkan tanaman, dan sehingga haiwan ternakan menjadi lebih tinggi, lebih banyak susunya dan lebih panjang kakinya. Kemudian dia (Dajjal) datang kepada kaum lain dan mengajak mereka, namun mereka menolak ucapannya, lalu dia berpaling daripada mereka. Mereka mengalami bencana kemarau, dan mereka akhirnya tidak memiliki harta walau sedikit pun. Dajjal melalui runtuhan dan berkata, " Keluarkan hartamu!" Lalu harta terpendam itu mengikutnya seperti sekumpulan lebah."
                          (Hadis direkodkan oleh Imam Muslim IV, hal. 2252, no. 2937)

Hadis ini menunjukkan Dajal memiliki teknologi yang begitu tinggi, yang memonopoli bagi mengawal dunia. Dia juga memiliki hak paten bagi segala produk teknologi/ ilmu yang merangkumi pelbagai bidang, termasuklah:

1. Teknologi pengangkutan
2. Teknologi maklumat
3. Teknologi perlombongan
4. Teknologi ketenteraan
5. Teknologi genetik
6. Teknologi perubatan
7.Teknologi pengklonan
8.Teknologi makanan
9. Dan sebagainya.

Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Dajjal sila rujuk buku ARMAGEDON 2012 oleh Muhammad Alexander penulis Bestseller Yakjuj Makjuj.

Pelbagai perkara yang menerjah di benak fikiranku setelah membaca buku ini. Apa yang ditulis sedang berlaku di dunia ini. Cuma aku belum tahu di peringkat manakah dunia ini sebelum tibanya hari kiamat. Sudah turunkah Dajjal? Siapa dajjal sebenarnya...Takut....Tak siapa tahu bilakah hari kiamat akan berlaku. Ini semua tak tercapai oleh akal kita yang bergelar hamba...

Kecanggihan teknologi hari ini benar-benar mempengaruhi masyarakat dunia. Seolah-olah dikawal dan semua orang seperti dirasuk oleh kecanggihan teknologi yang memungkinkan apa sahaja.. Mungkin bagi mereka ianya akan menerbitkan sebuah syurga apabila apa yang kita mahu akan tertunai, namun ada yang khuatir kerana mungkin inilah tanda-tanda dunia hampir kiamat... Semoga aku tidak melalui zaman pendusta Dajjal dan hari kiamat walaupun aku menginginkan kemenangan terbesar buat Islam di zaman Nabi Isa.

Monday, September 20, 2010

ALLAHUAKBAR!!!!!

BLUE HOLE OF BELIZE

BLUE HOLE OF BAHAMAS
KEDALAMAN 202 METER (663 KAKI)
LOKASI 6 METER DARI DASAR LAUT
HABITAT PELBAGAI JENIS BAKTERIA YANG MASIH BELUM DIKETAHUI SPESIESNYA


ANTARA MAKHLUK ALLAH YANG HIDUP DALAM BLUE HOLE

Terdapat pelbagai lagi keajaiban dunia yang masih belum diterokai oleh manusia. Para saintis kini sedang giat merungkai misteri-misteri keajaiban yang tak tercapai oleh akal manusia. Penemuan demi penemuan memperlihatkan kekuasaan ALLAH. Kekuasaan yang tiada tolok bandingnya. Maha Kuasa dan Maha Mengetahui....ALLAHUAKBAR!!!!!! 










Thursday, September 2, 2010

MIA : Mission In Action

This is it!
The perfect time for a mission
Check!
Ingredients! Don't take any risk- Check!
Loyang! Choose the suitable one - Check!
Penimbang! Jangan rosak - Check!
Ketuhar! Panaskan dulu - Check!
Mixture machine! Pakai tangan pun boleh - Check!
Now...
Mission in action
Follow the steps if you don't want to ruin the plan
unless barang tak cukup...
Confident in every step you take 
Belasah aje..
Don't turn back
Tak jadi kek pun tak pe teruskan sampai jadi biskut...kot pandai la kalau agak2 kantoi tu...
Keep it slowly but surely
Buat la depan TV.. Sambil tengok drama korea
Lastly, Bakar! agak2 abis satu episod drama korea angkat la...Awas jangan hangus!!
That's the best recipe to make
KUIH RAYA.....
Don't fail girls...
You can do it!!!
We can do it!!!
 


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMENANGAN
SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA.....

Tuesday, August 24, 2010

PJ IN A MISSION.....

Setiap hari kes buang bayi terpampang di dada akhbar. Menjadi satu berita yang dulunya 'HOT' tapi sekarang orang dah lali. Hari pertama Ramadhan sudah ada kes buang bayi diikuti hari kedua,ketiga dan seterusnya tetap ada. Apalah agaknya perasaan orang yang melakukan perbuatan terkutuk tu. Berapa ramai lagi bayi nak dibuang dalam tong sampah, tinggal tepi jalan, campak dalam sungai atau bagi binatang buas makan. Geram!!! memang geram!!! Naluri wanita mana yang tak geram dan marah bila seorang bayi diperlakukan sebegitu rupa kecuali mereka-meraka yang dah memang tiada hati dan perasaan. Sebagai wanita aku rasa sedih sehingga tak dapat menahan airmata apabila mendengar lagu 'Wajah Suci Itu' dendangan kumpulan Mestica.

Aku perasan dan aku rasa semua orang perasan masalah sosial dah semakin meningkat macam cendawan tumbuh lepas hujan. Tambahan pula aku akan bergelar pendidik, isu ini amat dekat dengan aku dan aku perlu ambil tahu. Bagaimana nak atasinya? Menerusi PJ (Pendidikan Jiwa). PJ merangkumi keseluruhan hidup seorang manusia Dari dalam hingga ke luar. Tiada satu pun yang tercicir. PJ menekankan JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Semua ni perlu diterapkan dalam sesi P&P PJ.

Sekali lagi aku bersyukur kerana sering diingatkan supaya menjadi Pendidik bukan guru semata-mata. Guru dan Pendidik adalah istilah yang sangat besar perbezaannya.Namun guru sinonim dengan tugas mendidik dan gelaran pendidik ini merujuk kepada golongan ini. Mudah sahaja hendak menjadi guru. Hari-hari pergi sekolah mengajar habis masa balik rumah. Berbeza dengan pendidik, tugasnya sangat mecabar kerana perlu melahirkan produk insan yang sangat tinggi kualiti peribadinya, murah ilmunya, mudah urusannya dan yang paling penting selalu dekat dengan Penciptanya. Sebelum itu, golongan pendidik ini perlu menjadikan diri mereka hari ini lebih baik daripada semalam dan tidak pernah menanti hari esoknya, jika hari esoknya muncul semangatnya menggunung tinggi untuk menjalankan tugasnya.

Thursday, August 12, 2010

Program Tautan Kasih Kg. Jelutong Sik, Kedah

Rumah Mak dan Ayah angkat
Ust. Md Isa Bin Shafie
Mak cik Faridah
Kak Munira
Abg Yong
Abg Ngah
Baby Umairah

Pokok Tualang
Penduduk Kampung Mendapatkan Madu di sini

 Program Makan Untuk Sihat
Memberi pendedahan kepada pelajar SK Chepir mengenai pemilihan makanan yang seimbang.
Aktiviti LDK yang menjana idea dan seronok.


Menjelajah ke Alam Fantasi
Meneroka flora dan fauna yang jarang kami lihat seperti:

Buluh Betong
Pokok Tualang
Lipan Gergasi

Kepercayaan penduduk kampung berkenaan Surau dan Telaga  Bunian...

Kenduri Kampung
 
Menu:
1. Gulai kawah ayam dan batang pisang
2. Gulai Lemak ikan Talang
3. Acar timun

 Ulam-ulaman:
1. Timun
2. Petai
3. Betik
4. Pucuk Ubi
5.  Bendi

SAMBAL BELACAN & TEMPOYAK


Hari Perpisahan

Thursday, August 5, 2010

Countdown to Ramadhan

Beberapa hari lagi, umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang penuh Rahmat dan penuh keinsafan. Seperti biasa aku juga menanti bulan ini. Bertekad untuk memperbaharui diri ke arah yang lebih baik. Namun, adakah aku mampu melakukan satu penghijrahan. Tepuk dada tanya Iman......
 
Artikel ini kemuatkan dalam blog ini untuk tatapan semua yang sudi singgah utuk setitis ilmu.


ANTARA KEISTEMEWAAN DAN KELEBIHAN RAMADHAN
Pintu Syurga Dibuka Dan Pintu Neraka Ditutup.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hanya Orang Yang Berpuasa Dapat Memasuki Pintu Syurga ar-Rayyan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang lain selain mereka tidak dibenarkan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Orang Berpuasa Bergembira Ketika Bertemu Allah Taala dan Berbuka.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Bau Mulut Orang Yang Berpuasa Lebih Wangi Dari Kasturi.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya di sisi Allah daripada bauan kasturi.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Diturunkan al-Quran al-Karim.
Firman Allah Taala bermaksud:
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (menjelaskan di antara yang benar dan yang salah).
(Surah al-Baqarah: ayat 185).
Amalan Puasa Dinisbahkan Khusus Kepada Allah Taala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah Taala berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Malam Lailatul Qadar.
Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
(Surah al-Qadr: ayat 1 hingga 5).

ANTARA PERISTIWA PADA BULAN RAMADHAN (BULAN KEMENANGAN)
Peperangan Badar al-Kubra.
Pererangan ini berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah.
Pembukaan Makkah.
Berlaku pada 21 Ramadhan tahun kelapan Hijrah.
Peperangan al-Qadisiyah.
Berlaku pada tahun 14 Hijrah.
Pembukaan Andalusia.
Berlaku pada tahun 92 Hijrah.
Peperangan Hittin.
Berlaku pada tahun 583 Hijrah.
Kekalahan Tentera Tartar.
Berlaku pada 25 Ramadhan tahun 658 Hijrah.
Kekalahan Israel.
Berlaku pada 10 Ramadhan tahun 1393 Hijrah.
KEKUATAN RAMADHAN MENGHADAPI SYAITAN
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Syaitan merupakan musuh tradisi kepada anak Adam. Permusuhan ini bermula sejak dari penciptaan Nabi Adam A.S. sehinggalah ke hari qiamat. Janganlah sesekali anak Adam tunduk mengabdikan diri kepada tuntutan syaitan yang akan terus-menerus menyesatkan manusia.
Firman Allah Taala bermaksud:
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai anak Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembahKu inilah jalan yang lurus.
(Surah Yasin: ayat 60 dan 61).
Firman Allah Taala bermaksud:
Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan sedangjan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah: ayat 268).
Di antara peranan syaitan ke atas anak Adam ialah:
01. Berusaha mengkufurkan orang mukmin.
02. Bersifat gopoh.
03. Mengikut hawa nafsu.
04. Hasad dengki.
05. Takabbur.
06. Menghapuskan rasa takut dan ingatan manusia kepada Allah Taala.
Firman Allah Taala bermaksud:
Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugikan.
(Surah al-Mujaadilah: ayat 19).
Di kesempatan Ramadhan kali sama-samalah kita menjauhi segala apa yang telah dilarang oleh Allah Taala dan mentaati segala apa yang diperintahkan olehNya. Semoga segala sifat-sifat dan ajakan syaitan tidak dapat menumbusi diri kita kerana syaitan telahpun dirantai sepanjang Ramadhan. Janganlah pula hawa nasfu diri turut menguasi diri tatkala mana syaitan tiada di sisi.

BEBERAPA PERINGATAN DAN NASIHAT SEPANJANG RAMADHAN
01. Hendaklah menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah Taala.
02. Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri.
03. Hendaklah menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram kerana Allah Taala menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram.
04. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang.
05. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya.
06. Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak.
PENUTUP
Mungkin setakat ini dahulu artikel ringkas saya pada kali ini. InsyaAllah saya akan menulis artikel sambungan lagi jika mempunyai kesempatan iaitu untuk memberikan penjelasan mengenai amalan dan ibadat di dalam sepanjang bulan Ramadhan ini. Apa yang ingin diingatkan di sini janganlah kita mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Allah Taala kepada kita pada kali ini. Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan memperbanyakkan amalan.

Terima kasih kepada,
http://buluh.iluvislam.com

Tuesday, July 13, 2010

HITUNGLAH KESYUKURANMU BUKAN KESUKAANMU

Salam,

Pembukaan yang indah untuk permulaan baru.
Setelah 3thn mendiami kolej kediaman IPG Perlis, akhirnya kami diarahkan untuk menetap dirumah sewa kerana kolej kediaman akan dilimpahi lagi dgn pelajar baru pada tahun depan. Pada mulanya terasa tal best sebab keadaan kewangan yang tidak mengizinkan. Namun berkat doa dan usaha akhirnya saya dan kwn2 dapat sebuah rumah untuk disewa RM 300 sebulan. Boleh lah share duit duduk sebumbung....Alhamdullillah semuanya berjalan lancar. Bulan depan kami akan berpindah. Syukur itu Penting supaya kita tidak riak dengan kenikmatan dunia. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau kita rasa susah, kita mesti bersyukur sebab kita masih ada tempat untuk berlindung dan dilimpahi rahmah Allah.........Tidak kebuluran dan tidak dilanda musibah yang besar dan yang paling penting sekali aku masih diberi peluang sehari lagi untuk menjadi seorang guru yang baik.