Friday, February 20, 2009

Cikgu PJ Masa Depan!!!



Percaya atau tidak, inilah pekerjaan yang bakal kami buat apabila dah bekerja nanti. Nak belajar ilmu buat padang ni kena pergi interview dulu tau. Ingat senang ke!!! Sekolah kat negara kita bukanya ada padang yang canggih. Kena p ukuq sendiri. Bukan main panjang lagi tali tape. Dah tu kalau salah ukuq alamatnya tak jadi trak lumba larilah, silap-silap ari bulan jadi circuit lumba basikal...hahaha...Buat line kena guna minyak hitam dan alat untuk buat line tu direka khas untuk buat balapan olahraga ni. Baru rasa peritnya mantan2 cikgu PJ kita dulu buat trak untuk ajar anak muridnya berlari. Mudah-mudahan jasa mereka ni dikenang sampai bila-bila.

Walaupun kami semua dimarahi oleh En. Badrul kerana line yang kami buat tu senget dan keluasan setiap lane tak sama, namun kami tetap menjadikan pengalaman ini satu pengajaran dan ilmu yang sangat berguna kepada kami. Biar pun panas, dan tompokan minyak hitam menjadi corak di baju serta topi Petani kami ditiup angin yang mengganas, namun wahai rumput kering.... kami terpaksa lakukannya demi anak murid kami. We are the PE teachers......


Futsal!!!

Kejohanan Futsal Wanita Open University Malaysia 2008 IPGM Zon Utara.

Alhamdulillah, berkat usaha selama 2 minggu berlatih, akhirnya dpt jugak tempat ke-2. Walaupun tak menang, tapi we totally have a good time together. Aku plak dapat Anugerah Pemain Terbaik kejohanan. Terima kasih la kat senior OUM kami sebab bagi peluang untuk tonjolkan bakat yang dah lama terpendam kat kaki ni. Mudah mudahan ada lagi lah kejohanan futsal untuk kaum perempuan di masa akan datang. Kenangan ni memang tak dapat dilupakan. Buat abg2 OUM sumer tq 4 ur support.. dan tak lupa buat akak2 OUM, Tq 4 trusting us to be in ur team....

Wawa, kak DD and my favourite goalie Zu.... u are the best... kalah sekali takpe... tapi tak mungkin untuk kali ke-2 dan seterusnya...

Finally....... Let's Play The Game, Girl!!!!!

GENG: Upin Dan Ipin


Jom p tengok aksi-aksi cute dan menghiburkan oleh Upin Ipin n the Geng. Rugi kalau tak tengok citer nie. Happening giler!!!! Satu pembaharuan yang baik untuk industri filem animasi.. 10 bintang utk Les Copaque ANd the crew.....Macam nie la cite2 kaluaran negara Islam.... Masej Islamnya jelas dan bdk-bdk kecik pon boleh faham... Sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.... tahniah la kepada pengarah citer nie... keep a good work.....Cek p bli tiket la jugak........celuih tak celuih sinema tu, cek nak p jugak, dok atas lantai pon takpa....

Wednesday, February 11, 2009

Novelist Unggul




Novel karya Ramlee Awang Murshid memang best. Temanya thriller. Penceritaannya tak bosan dan akan membawa pembaca menyelami dunia lain yang kadang-kadang tak terfikir oleh kita. Penuh dengan input dan informasi mengenai dunia jenayah, perniagaan, guaman dan kebudayaan. perghh!!! Rugi kalau tak baca karya beliau. Memang puas, mendebarkan dan mencabar. karaktor novel beliau yang paling popular ialah Laksamana Sunan yang hidup ketika zaman kegemilangan Melayu Melaka. Kepahlawanan karekter ini adalah setanding dengan Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat. Tapi karekter ini ada kelebihannya. Ketaqwaan dan kewarakkan Laksaman Sunan ibarat ahli-ahli sufi. Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta adalah cerita yang bersambungan. Apa yang seronok membaca novel ini ialah kelainannya. Cinta dan kasih sayang boleh mengatasi hijab. Seorang gadis yang hidup di alaf 21 bercinta dengan seorang laksamana yang hidup di zaman kesultanan Melayu Melaka. Memang tak masuk akal, tetapi sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.

Tuesday, February 10, 2009

picme


Berkhidmat Untuk Negara


pj krew.......comei tak kitorang?


once a week in baju kurung...

K-pop






Rentak muzik Pop memang sinonim ngan orang sekarang. Genre muzik ni memang mendapat sambutan. Siap dengan langkah tarian lagi. Antara pembawa muzik genre ini ialah kumpulan yang dibarisi pemuda-pemuda cute ni, DBSK (Dong Bang Shin Ki). Group ni dtg dari Korea dan bernaung di bawah SM Etertainment sebuah syarikat rakaman yang popular kat Korea. Lagu yang ada dalam album diorang pun best jugak, dan yang paling memukau ialah gerak tari diorang. Sangat sesuai dengan jiwa remaja. Sebenarnya industri muzik diorang ni memang lebih maju daripada kite. Antara faktor utama kenapa diorang ni popular sangat ialah disiplin yang ditunjukkan serta komitmen semua krew yang terlibat. Sememangnya Jepun, Korea dan China amat terkenal dengan sikap rajin dan berdisiplin dalam semua kerja yang diorang buat...

Hah sesape yang nak cuba beralih angin ke dunia hiburan matahari terbit nie, mulakanlah dengan Group nie. ape salahnye... tapi diingatkan jgnlah taksub sangat, sekadar hiburan tue oklah. Jgn dipuja lebih-lebih plak. Ingat kte ade yang lebih berkuasa untuk dipuja dan dipuji....



Road to Penang

Toilet pon jadi port best amik gambar......



My Best Friend

Senyumannya menawan... tak pelik lah kenape ayah sayang sangat kat emak.... setia? tak de yang dapat menandingi mak... Role Model? sudah semestinya..... Wanita Idaman? pada dialah semua ciri-ciri wanita idaman, she's my best friend, she already stole my heart. Kalau orang tanye siape kawan baik awak. Saya akan jawab mak saya..... Tengoklah gambar kat atas ni... She has the sweetest smile ever!!!!!! Love you mak!!!!

Monday, February 9, 2009

hehehe.....

Kedatangannya tak diduga,
kelantangannya tak disanggupi,
senyumannya ibarat satu iguan,
perghhh!!! Jangan diseru nama itu!
tunggang terbalik bulu roma!

"hehehehe...."
"woi!Hang nak p cari mentarang ka?!"
"Dalam bonet kreta aku tu ada racun anai-anai, ngko nak ka?!"
"Tu la dulu aku suruh ko masuk ERT ko tak ndak."

skrip di atas adalah originality daripada beliau.

Tu lah dilema aku sebagai student PJ kat IPP Perlis. Dapat pulak pensyarah cam beliau. Tapi bagi aku, tu semua bukan halangan malah ianya membuatkan hidup aku lebih colourful.Orang yang aku maksudkan ialah En. Bakar. Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani Institut Perguruan Malaysia Kampus Perlis.Bagi aku beliau bukanlah seorang jahat yang ditakuti, tapi beliau merupakan seorang yang sangat teliti dalam kerjanya. bagi beliau kerja sebagai pendidik adalah kerja yang sangat serius, justeru itu beliau sangat peka terhadap pelajarnya.aku rasa bertuah sebab ak ditempatkan kat IPPPerlis. minat dan hobi aku akan menjadi kerjaya aku suatu hari nanti..... dan En. bakar adalah orang yang paling aku akan ingat sampai bila-bila.....