Kebelakangan ini aku kerap membaca novel2 untuk menghilangkan rasa penat dan boring. Antara novel2 yang aku telah tamatkan pembacaan ialah novel karya Ramlee Awang Mursyid iaitu Cinta Sufi, novel karya saudara Faisal Tehrani berjudul Bila Tuhan Berbicara dan juga sebuah novel karya anak muda yang sebaya dengan aku iaitu saudara Hilal Asyraf dengan karyanya berjudul VT (Volleyball Team).
Pada mulanya, aku membaca kesemua novel ini hanya sekadar untuk mengubat jiwa yang homesick. Namun pelbagai ilmu dan pengajaran yang aku dapat melalui novel2 ini. Penulisan saudara Hilal yang paling berkesan dalam jiwa aku. Menggunakan konsep Sukan Itu Ibadah, beliau telah merungkaikan erti sukan bagi seorang muslim. Penceritaannya bermula di sebuah sekolah Maahad At-Tarbiyyah al-Islamiyyah (MATRI) di Perlis. Seorang guru baru yang dalam perjalanan menuju ke sekolah MATRI untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pendidik telah ditanya oleh seorang pemandu teksi.
'Cikgu mengajar apa?'
'Saya ajar PJ pak cik.'
'oh, Pendidikan Jasmani.'
'Pendidikan Jiwa.' sambil tersenyum.
Cikgu hussam di beri tanggungjawab mendidik jiwa dan akhlak pemain-pemain bola tampar MATRI. Kesemua pemain2 tersebut mempunyai pelbagai masalah dan merupakan pelajar yang sangat bermasalah di MATRI.Pelbagai cara dan teknik yang digunakan untuk melembutkan hati2 yang keras ini.
1. latihan yang kuat dan berat diseimbangkan dengan qiamullail di tengah malam .
2. Sesi memanaskan badan untuk mempersiapkan otot untuk beraksi diseimbangkan dengan doa Rabitah bagi mengikat ukhuwah berpasukan.
3. Pemakanan yang seimbang untuk tubuh badan diimbangkan lagi dengan usrah dan tazkirah di malamnya supaya menjadi makanan jiwa supaya lebih kuat.
4. Teknik asas permainan di perkuat serta diimbangi dengan pengukuhan asas iman serta titip2 kesabaran dan kesungguhan.
5. strategi permainan diatur berpandukan strategi peperangan di zaman Rasullullah SAW dan sahabat2 baginda.
6. Niat diperbetul, Sukan sebagai satu ibadah. Membawa Islam di mata dunia menerusi sukan dan memastikan Islam yang tertinggi.
7. Perjuangan disemarakkan dengan laungan Allahuakbar!!!!!!
Tahniah saudara Hilal Asyraf.. Walaupun ana sebaya dengan enta, namun ana masih tidak mampu menulis sehebat enta. Terima kasih kerana menulis buku ini kerana buku ini amat bermakna buat ana yang bakal bergelar cikgu PJ. Semoga Allah memudahkan segala urusan enta. Allahuakbar!!!!!
KARYA HILAL ASYRAF DIPUJI DALAM BERITA HARIAN
Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
rashiqah@bharian.com.my
LAMAN Web http://aladibafzan.wordpress.com memuji secara melangit novel VT karya penulis muda, Hilal Asyraf, apabila mengiktirafnya sebagai karya yang membawa revolusi dalam bidang penulisan.
Novel realisme terbabit didakwa mampu menandingi kehebatan novel pop-Islam, Ayat Ayat Cinta karya Habiburrahman el-Shirazy berdasarkan kemampuan penulis menerapkan idea melalui pengalaman dan realiti kehidupan masyarakat, tanpa mengetengahkan unsur cinta.
Penulis web, Aladibafzan, dilaporkan berkata keberanian Hilal tidak memasukkan unsur cinta dalam novelnya, sebaliknya memilih nilai persahabatan dan kemanusiaan sebagai tema utama, wajar dipuji kerana karyanya itu ternyata melekat di hati pembaca.
“Novel ini adalah percubaan Hilal untuk terjun ke dalam dunia penulisan sastera serius kerana nilai yang diterapkan memberi kesan kepada pembaca. Mungkin inilah masanya untuk kita mengubah selera pembaca daripada novel pop-Islam dan picisan kepada karya berunsur Islam tulen,” laman web terbabit melaporkannya berkata.
Aladibafzan turut memuji gaya bahasa santai Hilal dalam novel berkenaan sehingga pembaca tidak ‘diberatkan’ untuk memahami kisah garapan penulis dan keseimbangan teknik dialog dan monolog menjadi tarikan kepada pembaca untuk menghayati novel sulung penulis itu.
“Malah pada penghujung setiap bab novel terbabit ditutup dengan teknik mendebarkan bagi memberi peluang kepada pembaca berfikir dan membuat andaian terhadap kesudahan kisah setiap bab,” lapor laman terbabit.
VT mengisahkan suka duka pasukan bola tampar Ma’had Attarbiyyah al-Islamiah Perlis (Matri) yang dianggotai penulis sendiri dan memaparkan kisah benar di sekolah berkenaan, selain menggunakan nama sebenar anggota sebagai watak.
Aladibafzan memperakukan kaitan aspek Islami dan realisme yang ditonjolkan dalam VT dapat dilihat menerusi unsur hubungan pencipta dengan manusia dan diterap dalam realiti pasukan bola tampar itu.
“Novel ini cuba membuktikan bahawa walaupun tidak mempunyai stamina atau kemudahan sukan yang lengkap, tetapi hubungan erat antara Tuhan dan manusia menjadi punca kejayaan yang hakiki, duniawi atau ukhrawi,” ujarnya dalam laman terbabit.
Hilal dikatakan cuba mengaitkan bahawa ketiadaan hubungan antara pencipta dan manusia boleh menjadi punca kerenggangan hubungan sesama manusia iaitu aspek yang jarang diketengahkan penulis tempatan yang lebih gemar kepada kisah cinta.
Penulis web itu turut tertarik dengan pemilihan latar yang menjadi ciri penting dalam menghasilkan karya bersifat realiti seperti tempoh persekolahan dari awal semester pertama (Januari) sehingga akhir cuti semester (akhir Mei- awal Jun), di samping waktu kejohanan pada pertengahan Mei.
Terus ke web:
http://ms.langitilahi.com/pengalaman-saya-masuk-berita-harian/