Saturday, October 30, 2010

LATIHAN KEM TAHUNAN REJ 504 AW 2010

Syukur Alhamdulillah sebab berjaya menamatkan latihan kem tahunan untuk sesi 2010.
Dugaan tetap ada, namun kami berjaya menyelamatkan diri dari perkara yang ridak diingini.

Aku 6196100 PBT Adibah Bt Ahmad Sazili ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama  memberi semangat untuk mengharungi hari-hari sebagai seorang sukarela Askar Wataniah yang mana merupakan barisan kedua pertahanan negara.

Inilah wajah-wajah kegembiraan team Biawak Pasir yang telah mendapat tempat ketiga pertandingan menembak jatuh piring, kami berjaya mengalahkan pasukan Anak Bapak yang terdiri drpd Kapten, Leftenan dan Leftenan Muda. Inilah Wirawati negara.....

 Kasut yang telah banyak berjasa kepadaku dan kau juga telah memberi banyak cabaran dan dugaan buatku.

Inilah Wirawati Negara puteri kepada En. Ahmad Sazili Bin Mohd Nor dan Pn. Rohani Bt Abd Ghani, menggondol tempat ketiga Pertandingan Menembak Senjata Persendirian M16 berjarak 200 meter. 

I AM A FIGHTER,
TEACHER AND SOLDIER

Friday, October 22, 2010

aku dikala boring maka terhasillah sebuah nukilan........

Perjalanan Sebuah Kehidupan
Membidikkan kata-kata cinta
Tertusuk padu di hamparan hati yang kerdil
Membuak darah tangisan keinsafan
Terkulai tubuh tertunduk malu
Kebesaran-Nya selama ini kubutakan
Kebenaran-Nya kutulikan
Sedang Dia sentiasa bersamaku
Tidak pernah jauh walau sesaat

Aku malu...
Mengherdik hujan kerana membasahi jemuranku
Sedang hujan  itu rahmat yang tidak terhingga
Aku malu...
Membenci sang mentari kerana pancaran cahayanya memeritkan tubuhku
Sedang cahaya itulah penerang dunia
Aku malu...
Menafikan aturanMu kerana takut pintu rezekiku tertutup
Sedang Kaulah yang Maha Pemurah
Aku malu...
Mengatakan tidak pada yang batil 
kerana takut dimusuhi
Sedang Kaulah yang Maha Pelindung

Ya Allah...
Aku tidak mensyukuri nikmatMu
Aku lebih menghitung kesukaranku bukan kesyukuranku
Ya Allah...
Malu ini semakin menebal
Namun aku tahu Engkaulah yang Maha Pengampun

                                                                                                by
                                                                                Adibah,Tasoh
                                                                                       7.35 p.m

Sunday, October 17, 2010

The Chosen One

video
Lagi lagu Maher Zain sebagai penyejuk jiwa, penerang hati dan pelapang dada setelah seharian keluar mencari rezeki dan menimba ilmu...Alhamdulillah  semakin ramai yang menyedari dan cuba mengikut cara hidup Rasulullah SAW....

Lagu ini ktujukan khas buat sesiapa saja yang membaca blog ini

video

satu lagi realiti kehidupan hari ini...

Tuesday, October 5, 2010

MAHER ZAIN - THANK YOU ALLAH

Teringin nak pergi Showcase Save The Soul Maher Zain dekat Shah Alam, tapi tiket dah sold out... sedihh.. harap Maher Zain dapat buat banyak lagi showcase kat Malaysia....Ada sesiapa yang bleh rakam dan hasilkan DVD boleh jual... Saya nak beli...

Sunday, October 3, 2010

Insya Allah......

 
Lyrics: Insha ALLAH

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3
Insha Allah we’ll find our way
 
Pertama kali mendengar lagu ini, hati aku cukup terusik.. Melodi dan suara alunannya sangat indah ditambah pula dengan lirik yang membuatkan aku berasa sangat bermotivasi untuk menjalani hidup ini. Sebagai seorang hamba sering kali kita lupa betapa Allah itu sering bersama kita, mendengar setiap luahan hati kita, memerhatikan setiap tingkah laku kita dan sentiasa menyayangi kita sebagai hamba-Nya.
Permasaalahan sering terjadi dalam kehidupan kita. Kadang kala terasa amat perit untuk terus melangkah setapak lagi. Belum selesai masalah ini, satu lagi masalah yang timbul..Terutamanya bila berdepan dengan pelbagai ragam manusia hari ini. Umat akhir zaman ini mewarisi segala kesalahan yang dilakukan umat terdahulu seperti hubungan sejenis, minum arak, buat maksiat, rasuah dan banyak lagi, sebab itulah balasannya yang diturunkan Allah untuk umat ini ialah Dajjal si pendusta dan hari kiamat.... Ragam inilah yang seringkali menjerat kita kepada kesesatan. Jika tiada sesiapa yang mengingatkan kita, jika tiada lagi tazkirah maka aku juga tidak mungkin berada dilandasan yang benar ini..
Bait-bait lirik lagu saudara Maher Zain seorang warganegara Sweden yang berketurunan Lebanon, sedikit sebanyak mengubat kekusutan yang melingkari jiwa dan fikiran ini. Terasa lapang bila ada seseorang mengingatkan kita Allah itu sentiasa bersama kita dan setiap masalah adalah ujian Allah kepada kita yang makna tersembunyi kekuasaan-Nya.Sesungguhnya insan itu lemah dan sering lupa.  Hikmahnya begitu besar... Semoga aku dapat mengharungi segala cabaran dan dugaan tanpa terpesong dari jalan-Nya....InsyaAllah