Perjalanan Sebuah Kehidupan
Membidikkan kata-kata cinta
Tertusuk padu di hamparan hati yang kerdil
Membuak darah tangisan keinsafan
Terkulai tubuh tertunduk malu
Kebesaran-Nya selama ini kubutakan
Kebenaran-Nya kutulikan
Sedang Dia sentiasa bersamaku
Tidak pernah jauh walau sesaat
Aku malu...
Mengherdik hujan kerana membasahi jemuranku
Sedang hujan itu rahmat yang tidak terhingga
Aku malu...
Membenci sang mentari kerana pancaran cahayanya memeritkan tubuhku
Sedang cahaya itulah penerang dunia
Aku malu...
Menafikan aturanMu kerana takut pintu rezekiku tertutup
Sedang Kaulah yang Maha Pemurah
Aku malu...
Mengatakan tidak pada yang batil
kerana takut dimusuhi
Sedang Kaulah yang Maha Pelindung
Ya Allah...
Aku tidak mensyukuri nikmatMu
Aku lebih menghitung kesukaranku bukan kesyukuranku
Ya Allah...
Malu ini semakin menebal
Namun aku tahu Engkaulah yang Maha Pengampun
by
Adibah,Tasoh
7.35 p.m
No comments:
Post a Comment