Tuesday, August 24, 2010

PJ IN A MISSION.....

Setiap hari kes buang bayi terpampang di dada akhbar. Menjadi satu berita yang dulunya 'HOT' tapi sekarang orang dah lali. Hari pertama Ramadhan sudah ada kes buang bayi diikuti hari kedua,ketiga dan seterusnya tetap ada. Apalah agaknya perasaan orang yang melakukan perbuatan terkutuk tu. Berapa ramai lagi bayi nak dibuang dalam tong sampah, tinggal tepi jalan, campak dalam sungai atau bagi binatang buas makan. Geram!!! memang geram!!! Naluri wanita mana yang tak geram dan marah bila seorang bayi diperlakukan sebegitu rupa kecuali mereka-meraka yang dah memang tiada hati dan perasaan. Sebagai wanita aku rasa sedih sehingga tak dapat menahan airmata apabila mendengar lagu 'Wajah Suci Itu' dendangan kumpulan Mestica.

Aku perasan dan aku rasa semua orang perasan masalah sosial dah semakin meningkat macam cendawan tumbuh lepas hujan. Tambahan pula aku akan bergelar pendidik, isu ini amat dekat dengan aku dan aku perlu ambil tahu. Bagaimana nak atasinya? Menerusi PJ (Pendidikan Jiwa). PJ merangkumi keseluruhan hidup seorang manusia Dari dalam hingga ke luar. Tiada satu pun yang tercicir. PJ menekankan JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Semua ni perlu diterapkan dalam sesi P&P PJ.

Sekali lagi aku bersyukur kerana sering diingatkan supaya menjadi Pendidik bukan guru semata-mata. Guru dan Pendidik adalah istilah yang sangat besar perbezaannya.Namun guru sinonim dengan tugas mendidik dan gelaran pendidik ini merujuk kepada golongan ini. Mudah sahaja hendak menjadi guru. Hari-hari pergi sekolah mengajar habis masa balik rumah. Berbeza dengan pendidik, tugasnya sangat mecabar kerana perlu melahirkan produk insan yang sangat tinggi kualiti peribadinya, murah ilmunya, mudah urusannya dan yang paling penting selalu dekat dengan Penciptanya. Sebelum itu, golongan pendidik ini perlu menjadikan diri mereka hari ini lebih baik daripada semalam dan tidak pernah menanti hari esoknya, jika hari esoknya muncul semangatnya menggunung tinggi untuk menjalankan tugasnya.