Saturday, April 24, 2010

Hlovate..siapakah dia? he or she?




Nama Hlovate memang popular....
sebut je nama dia aku mesti tergelak dek penangan bahasa basah ala kadar plus selamber dalam novel dia. Tak pernah satu pun novel dia yang tak buat aku gelak. Memang sempoi dan berasap... Tapi siapa sebenarnya penulis novel aA+bB ni yang hanya dikomersialkan dengan nama HLOVATE.

Mula2 baca novel aA + bB, hlovate dah curi masuk dalam jiwa aku. Sikit2 dia curi hati aku... now i'm the BIG fan of HLOVATE. Baca story GT_i dalam blog dia aku teringat zaman sekolah dulu... Penulisan Hlovate amat dekat dengan hidup aku time sekolah dulu. Sape2 yang pernah duduk hostel, memang penulisan dia terkesan di hati. Lepas tu aku terus baca Schubert Serenade. Olahan yang sama digunakan, bahasa basah selamber tahap tak ingat dunia.

Baru2 ni aku captured pulak 5 Tahun 5 Bulan... Aku cam dapat rasa yang Hlovate ni seorang pelajar medic sebab olahan dia pasal medicine things memang menjatuhkan rahang aku. Walaupun aku memang bukan budak medic dan olahannya memang ada yang aku tak faham. But dun worry, bila lagi nak tau pasal medic, nak harap buka buku medic... bdk2 medic sendiri pun naik migrain.. ni kan aku.....

Now, ada 2 orang novelist yang berjaya menawan hati aku iaitu RAM and HLOVATE.... kedua-duanya mempunya gaya penulisan yang jauh berbeza but diorang lah penghapus boring aku. Dalam selamber2 HLOVATE dan semisteri2 RAM mereka tak pernah lupa akan agama ISLAM. Menyemarakkan Ad-din dalam setiap watak novel mereka merupakan satu usaha yang amat aku kagumi.Dan aku rasa sape2 yang memang dah baca novel mereka, memang jatuh hati dengan story diorang ni. So, aku harap RAM n HLOVATE dapat story dan terus berstory untuk kitorang...Dan terus mengngatkan remaja mengenai cara hidup Islam yang sebenarnya....