Saturday, January 16, 2010

Aku telah pun membaca novel 9 nyawa karya Ramlee Awang Mursyid. Terima kasih buat mak yang telah membelikan buku kegemaranku. Apabila karya seseorang diterbitkan, pasti respon audien yang ditunggu-tunggu. Aku merupakn peminat karya novelist thriller no.1 Malaysia RAM, Kebanyakan novelnya membawa penceritaan yang unik dan menarik. Trilogi Bagaikan Puteri dan kisah penggembaraan seorang Tombirou merupakan novel-novel kegemaranku. Baru-baru ini novel 9 nyawa telah dipasarkan.

 

9 Nyawa mengisahkan seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mengalami koma. Semasa dalam koma, watak dibawa menerokai dunia sebenar kehidupannya yang penuh dengan jawapan yang tidak diduga menerusi alam antara hidup dan mati. Watak ini berjumpa dengan seorang lelaki yang buta matanya namun celik mata hatinya. Lelaki ini mampu mendengar suara2 hamba Allah yang berada di alam antara hidup dan mati yang memohon pertolongannya.Lelaki ini merupakan seorang yang taat beribadat kepada Allah dan dia yakin bahawa apa yang berlaku terhadap dirinya adalah kehendak Allah. Apa yang menarik menerusi penceritaan novel ini ialah sikap seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan anaknya berada dalam keadaan sihat.Duit sudah tidak menjadi keutamaanya. namun disebalik kekayaan yang dikecapi sang ibu, ibu ini tidak pernah bersujud setelah sekian lama sehingga mempercayai perkara-perkara tahyul yang menyebabkan anaknya akan mati. Novel ini mempunyai unsur-unsur Islamik yang kuat. Oleh itu tidak rugi untuk membacanya.

 

Bercakap mengenai ibu bapa, hari ini kawan ku menceritakan bahawa di kangar ini terdapat hamba Allah yang sanggup membuang ayah kandungnya dengan alasan tidak mahu menjaganya kerana menyusahkan. Menurut satu sumber Seorang anak telah meninggalkan ayahnya di tepi jalan. Betapa kejamnya anak ini.Lebih baik tinggalkan ayah itu di rumah orang tua daripada dibiarkan di tepi jalan. hina sangatkah seorang ayah yang dulunya berpenat lelah mencari nafkah untuk memastikan kita dan mak kita ada tempat perlindungan, ada banda nak makan,ada duit nak belanja sekolah, beli baju baru,lanjutkan pelajaran sana-sini. Sampai masa apabila dah berjaya ditnggalkan begitu shj. Salah siapa semua ni. Tak cukup lagi ke dengan hasil produk luar nikah yang kita dah hasilkan,dengan sampah-sampah yang tak boleh nk dilupskan,dan sekarang kita nak buat mak dan ayah kita macam sampah!!!!!Bertaubatlah wahai anak!!!!

 

Baru-baru ini aku dan kwn2 telah diberi pilihan untuk melawat rumah anak yatim atau pun rumah orang tua. Kami  telah memilih untuk ke rumah orang tua. Tujuannya, adalah untuk mendekatkan diri dengan warga emas yang telah banyak berjasa kepada kita namun tak pernah dihargai.Aku sedih sebab mereka ni ibarat mak dan ayah aku sendiri. Kenapa mereka tak sanggup untuk menjaga mak dan ayah sendiri.Beberapa tahun dulu masa tok we aku terlantar sakit di rumah, mak aku tak pernah membiarkannya begitu sahaja. Mak jaga ibunya sendiri macam seorang ibu menjaga anak kecilnya. Aku merupakan saksi bagaimana mak menukarkan lampin pakai buang pada tok we, memandikn tok we, bersihkan badan dia sehingga lah tok we menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mak aku tak pernah mengeluh begitu juga ayah aku.Jadi aku juga akan menjaga mak dan ayah aku nanti. Nak buang mereka macam sampah atau hantar mereka ke rumah orang tua?...tidak sama sekali!!itu janji aku pada diri aku sendiri!!!

 

Friday, January 15, 2010

Bersyukurlah...

Tahun 2010 bakal menyaksikan diriku berada selangkah lagi di hadapan. Usiaku bakal menjangkau 21 thn. Usia yang sudah berhak untuk memilih dan membuat sesuatu keputusan besar dalam hidup. Bermula juga hidup aku sebagai penuntut tahun 2 di IPGM Perlis. Tahun ini bakal menyaksikan kedewasaanku dalam menjalani aktiviti luar yang mencabar. Adakah ianya bakal menjadi satu aktiviti luar yang paling mencabar dalam hidup aku. Lebih mencabar daripada apa yang aku lalui tahun lepas.

Saidina Umar al-Khattab berkata:
"ajarkanlah anak-anak kamu berenang,menunggang kuda, menembak dan mempertahankan diri"

Pada mulanya aku menyertai pasukan sukarela Wataniah bukan kerana ilmunya tetapi kerana elaun latihan. jelaslah bahawa duit mampu menjerat aku. namun apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Penyertaan aku ke Khemah Tahunan Wataniah telah membuktikan bahawa aku adalah insan yang lemah yang mampu menjadi kuat lebih daripada jangkaanku.Ayahku pernah berkata mengenai minda dibawah sedar. Minda ini seperti 'Iceberg'. Ia hanya menimbulkan 7% dirinya dipermukaan air namun dirinya yang 93% lagi terletak di dalam air. 'Iceberg' inilah yang mampu menenggelamkan keegoon manusia iaitu 'Titanic'.

Bagaimanakah rasanya apabila terpaksa berjalan jauh di tempat yang gersang dan di kawasan berbukit sambil membawa beban yang berat? Bagaimana pula rasanya tidur di dalam tanah yang berlumpur dan hanya beralaskan ponco serta pakaian yang basah? Boleh mendengar gigi berlaga-laga akibat kesejukan. Apa pula kata pacat apabila manusia ini terkial-kial membuangnya daripada tubuh. Apa rasanya kalau tidak dapat mandi selama 4 hari dan apa rasanya jika tiada sesiapa yang akan mengingatkan kita untuk bersolat pada saat-saat yang sungguh tidak selesa ini. Arah kiblat pun tak tahu dan azan tidak kedengaran.

Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Bagi aku inilah dugaan paling hebat pernah aku terima. Dugaan untuk menunaikan perintah Allah ketika dalam keadaan yang sangat susah. Susah rasanya berada dalam kalangan orang-orang yang tidak menunaikan solat. Aku seperti tiada panduan. Tambahan pula itulah pertama kali aku masuk ke hutan dalam keadaan situasi peperangan dan bukan rekreasi. Panduan aku hanyalah kepada ilmu yang aku dapat semasa mendengar kuliah maghrib berkenaan cara-cara bersolat di medan perang.

Aku mencari tempat untuk bersolat di sekitar kawasan Platun aku. Memandangkan aku tidak dibenarkan meninggalkan kawasan kubu. Disebelah Tempat tidurku terdapat suatu ruang kecil yang berlumpur. Hanya bertawakal kepada Allah kerana aku memang tidak tahu arah kiblatnya dan terasa rugi kerana tidak membuat cukup persediaan. Aku sekadar membentangkan ponco ku untuk mengalas kepalaku ketika sujud. Dengan hanya berpakaian loreng yang basah dan lumpur yang terpalit diseluarku, berkasut butt yang penuh dengan lumpur dan senjata disangkut dibadan, aku memulakan solat ku.

Aku merasakan bahawa itulah solat yang paling khusyuk yang pernah aku buat dalam hidup aku. apabila aku mengangkat takbir, terasa seperti darahku berderau dan automatik airmata aku jatuh ke pipi. Betapa hibanya rasa pada ketika itu. jika sebelum ini tiada apa yang aku rasa ketika mengangkat takbir. Aku hanya mengetahui maknanya sahaja namun aku tidak menghayatinya.
Diakhir solatku, aku bermohon kepada Allah supaya diberikan kekuatan untuk meneruskan aktiviti ini dan menjadikan aktiviti ini sebagai titik mula untuk aku berubah menjadi seorang wanita yang berjiwa teguh dan kental.

Pengalaman solat di dalam lumpur, di atas batu sungai, di dalam kubu membuatkan aku berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan sebuah negara yang aman dan tiada peperangan. Aku mempunyai tempat untuk berlindung dan tempat yang selesa untuk beribadah serta menuntut ilmu. Namun hakikat manusia, apabila berada di zon selesa kita lupa siapa diri kita dan kita alpa pada perintah Allah.

Mengapa Hijrah itu sering dikaitkan dengan jihad. Pengrhijrahan daripada keburukan kepada kebaikan bukanlah perkara yang mudah kerana musuh paling besar dan kejam di muka bumi ini adalah diri kita sendiri, dan jihad yang paling besar ialah jihad melawan nafsu yang ada dalam diri kita.

Namun apa yang penting kita perlu mempunyai tekad untuk berubah. sekurang-kurangnya tekad itu akan memacu kita kearah kebaikan, dan tekad itu perlulah seiringan dengan usaha doa dan tawakkal kepada Allah.

Sunday, September 27, 2009

my hari raya!!!


i just arrived at my hostel..
tired...sleepy...little bit lazy to unpack my things.
a week at home...it's seems like a day.
so much happened...
laugh...jokes...hot chatting...smiles
crazy bloopers...heh! funny and warm...
that's my best hari raya of all my life.

thinking back of hari raya...i smile accidently..hehe
let me introduce my siblings that makes me
SMILE!!!
LAUGH!!!
CRY!!!
WARM!!!
FRUSTRATED!!!
and
ME

1ST
(dafi bukan nama sebenar)
he's not my biological brother, but he is my brother!!!
he's more brighter than me
tall!!!!
he's crazy bloopers!!!
handsome?!
naaa.......... boleh la!!!
fevret drink...coffee pekat kaw2+nestum original
tak suka asam pedas tapi suka sambai petai
Cabai tumis laaa...

2ND
(akasha!!! 1st impression of girls...not including me)
he's not single anymore but anytime could be
he's cikgu to be (preschool) cool huh!!!
he likes to eat every thing... hahaha
very sentimental..ermm i guess!!!
handsome?!!
nak ngaku ke tak nak nih!!!!
ermmm
what do u think?
ok i think of what do u think!!! heh!!
this year punyer baju raya
purple in color...
sedondon with me...

3RD
(angah the smallest member in this BIG family)
sporty
coz amik ijazah kejurulatihan
baru 1st year at U
single?!!!
still searching 4 devices!!!...kot..huhu
the king of vege soup (gelaran yg diberikan oleh dafi)
he's smart!!!
my musuh tradisi
in my childhood.... coz slalu aku je yang jadi mangsa
this HOOD tak kasi can la..hehehe

4TH
no need to know.. coz this is me..
if u want to know me
just follow the story of my life in this blog...

5TH
(ECAH... she's fashion designer to be)
she's pretty
lovely
she also my enemy in childhood
pantang berlaga bulu beb!!!!
at last kene pisah tempat tidur..
but we're not divorce yet..
love blossoming again..hehehe
she's so special to me
coz she is my younger sis.
and air yg dicincang x kan putus..
i'll support her 4ever in my life
nobody can make my lil sis hurt...
wanna try?
don't dare me!!!!

6TH
Aha!!!! he makes our family BIG
he's cute!!! masa baby laaa
sikalang..
susah nak duga!!! ish..ish..ish..
he's only 15.. not yet la coz he was born in december
he's going to seat for PMR
UPSR my ayah say 4A1B ok!!
he gave 1A 4B..
Unexpected result.. hhahaha
he likes to eat...
nasi...
mee goreng...
that's my lil brother..


SO, WHOEVER THEY ARE... THEY ALWAYS MAKES MY LIFE CHEERFUL AND COLORFULL...THEY BRIGHT SMILE AND CRZY LAUGHTER MAKES ME FEEL THIS LIFE IS 'O' WITHOUT THEM. THIS HARI RAYA REALLY MAKES ME FEEL HAPPY COZ THEY COME HOME WITH WHOEVER THEY ARE. WE ARE DIFFERENT BUT WE ARE SIBLINGS..
TQ ALLAH FOR GIVING ME THIS BEAUTIFUL FAMILY AND FOR BLESSING MY MAK N AYAH UNTIL TODAY... AND HOPEFULLY 4EVER....

I LOVE YOU ALL



Wednesday, September 16, 2009

selamat balik beraya!!!


sekarng ni ak kat bilik sumber PJ. tgh ada event pembentangan projek.. i am vry sad now, frustrated and tired... this is really not the thing i want. i am really tired. yesterday i just knew that this friday is a holiday. i thought there's a class on friday so, i bought a hari raya bus ticket on friday evening. most of my friends will going home this evening.... hari ni jugak i have to submit my assgmnt. hari ni jugak i felt sleepy coz smalam going to bed at 3. nasib baik pagi tadi tak terlepas Subuh... apa pon this is cabaran untuk aku. we have to deal with various type of people. sometimes it makes me sick and tire

yesterday night pegi berbuka puasa rumah mentor aku kat kuala kedah. dapat mkn laksa kuala kedah yang femes tu...that was a relly nice experience coz we all using kereta to konvoi. on our way to rumah en. muftar we saw an eccident. an old man lied down on the road dengan badan dibungkus dgn kain. he's dead. al-fatihah... memang sedih lagi beberapa hari nak raya his family have to let him go. berderau darah aku waltu tu.. mudah-mudahan aku selamat sampai rumah. nak jumpa mak, ayah, family nak raya sesama. buat family allahyarham pak cik takziah diucapkan. now i have to realize everybody will go and see our creator. the only difference between us is how we're going to see HIM.. i hope it is in a good condition when it reach my time. and the most important is i still in Islam with Kalimah Syahadah.. Aminnn...

yesterday my mak called me and i knew her voice macam tak semangat je. pasal aku balik sehari sebelum raya. sadly this hari raya i didn't make it for almond london... pity my brothers coz that was their favourite cookies in hari raya. nak buat macam mana dah cuti pon dekat nak raya...

sharing is caring.. really? tengok situasi lah...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Sunday, August 30, 2009

lokomotor kehidupan..hehehe

masa berlari pantas meninggalkan kita...
kita masih lagi merangkak nak kenal dunia...
masa tak kan dapat berpatah balik sebab x de U-turn kat depan...
peluang terlompat-lompat mencari insan yang berjaya
kita melompat jugak tapi titik tak beralih
ke depan pon tak ke blakang pon tak
last-last penat cam tu je...(nonsense)
dah penat bergolek pulak mencari bantal yang disorong...
lepas tu dah tak de apa2 pergerakan pon... sunyi dan sepi meskipon pada tengah hari buta...
takkan kita nak tunggu sampai semuanya dah tak bergerak...
masa tu kita hanya boleh bertawakal aje... kalau masih bernyawa...



renung-renungkan lah
aku mengingatkan diri aku dan kawan-kawan aku dan sesiapa saja yang membaca blog nie...
sesungguhnya usaha itu kunci utama setiap kejayaan...
tak bermakna di bulan Ramadhan ini kita tak boleh buat apa2 atas alasan berpuasa...
banyak perkara yang kita boleh usahakan untuk mendapat tempat yang terbaik di dunia dan akhirat
selagi kita ada upaya untuk mencari dan mengejar nikmat Allah...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Monday, July 20, 2009

muzium tentera darat


kalau panjang umur aku akan sampai di kapsul ini untuk tengok sendiri apa yang ada dalam kapsul ni.


ingat senang ke nak masuk dalam kereta kebal ni. sempit giler... camner la diorang bleh duduk lama2 dalam nih..


tak dapat bawak.. posing kat pintu pun jadi.....


aku and zue...kat kereta kebal angkatan tentera darat Malaya....


memori di Pusasda. tak pernah terlintas pon difikiran yang aku akan terjerumus dalam bidang ketenteraan.


sepanjang di muzium aku dapat rasa 'seriau' terutamanya bila masuk ke dalam terowong jepun. aku rasa ngeri dan takut dengan orang jepun. sebab diorang boleh gali terowong daripada siam sampai ke tanah melayu yakni Hulu Langat tanpa pengetahuan orang melayu. semua barang untuk keperluan asas diorang yang dijumpai dalam terowong tersebut semuanya di buat sendiri. daripada tempat simpan makanan sampai lah ke senjata api yang diorang buat pakai kayu!!! lebih mengejutkan lagi diorang gali terowong ni dengan hanya menggunakan cangkul? dan diorang juga telah berjaya membawa masuk kereta kebal ke tanah melayu yang telah dijumpai oleh askar kita pada tahun 2002 yang lalu. sehingga sekarang terowong2 askar jepun masih wujud di sekian tempat dan mungkin juga di bawah padang sekolah anda mahupun bawah rumah anda...

so, memang patutlah orang melayu gerun dengan semangat jepun.
dan memang patut pun diorang sekarang ni lebih maju daripada kita malah setanding dengan kuasa besar yang lain walaupun Hiroshima dan Nagasaki kena bom jadi padang jarak padang tekukur.

their Spirit.... totally unbelievable...!!!!

kalaulah hiroshima dan nagasaki tak kena bom agak-agaklah kan kita merdeka tak sekarang???



Thursday, July 16, 2009

best japanese ballad album 2008


dulu J Brothers
lepas tu Exile
then EXILE
now they come back
14 guys
from japanese
best japanese ballad songs 2008
green..
thay'll rock asia
with Hurricane-fireworks
Enjoyyyy!!!!!