Wednesday, November 3, 2010

Hanya Dia Maha Mengetahui...

Bermula satu lagi episod sukar dalam hidupku. Ujian yang melanda tatkala hati masih rungsing memikirkan peperiksaan yang bakal menjelma. Dua hari hujan turun tanpa henti, beberapa kawasan di sekitar Perlis telah dinaiki air. Alhamdulillah tatkala banyak rumah yang sedang bergelut dengan air bah, rumah aku masih belum dinaiki air, mungkin kerana kawasan perumahan kami yang sedikit tinggi berbanding kawasan lain. Namun kami juga harus beredar kerana dijangka air akan terus naik dan kebanyakan jalan telah ditutup. Ramalan kami tepat, air mula naik dan kami perlu mencari jalan untuk ke kawasan maktab sebelum hari gelap. Dalam perjalanan, aku lihat banyak kenderaan yang tersidai di bahu jalan, orang ramai juga sedang menanti bantuan untuk ke temapat yang selamat. Ada juga yang enggan meninggalkan rumah. MasyaAllah, memang kelam kabut...Aku dan rakan2 meneruskan perjalanan. Jam menunjukkan pukul 7 petang. Beberapa minit lagi akan tiba waktu Maghrib, kami masih tersidai dibahu jalan menunggu kalau2 ada truck tentera lalu yang boleh bawa kami ke maktab. Akhirnya kami berjaya menahan sebuah truck tentera yang sedang bertugas. Sepanjang perjalanan menaiki truck kami sempat melihat kawasan yang ditenggelami air. Bekalan elektrik ketika itu sudah diputuskan. Gelap! Ditengah2 kegelapan kelihatan beberapa kujur tubuh yang menggagahkan diri mengharung air yang separas peha. Kelihatan juga beberapa buah kenderaan yang rosak. Setibanya kami dihadapan maktab, tiba-tiba kami ternampak sekumpulan anak muda berjemaah Maghrib di tengah2 jalan yang ditenggelami air separas buku lali, MasyaAllah..Terasa seperti menyirap darah keseluruh tubuhku.. Namun disekeliling anak muda tadi terdapat juga hamba Allah yang hanya melihat sahaja mereka bersolat tanpa rasa bersalah.. sedangkan mereka juga golongan yang wajib bersolat. Daripada 20 anak muda yang berada di situ cuma 3 orang sahaja termasuk imam yang berjaya menyahut cabaran Allah..Aku percepatkan langkah walaupun berat kerana terpaksa mengharung air separas peha untuk sampai ke hostel. Setelah sampai di hostel barulah aku dan rakan2 boleh menarik nafas lega untuk sementara waktu.

Kejadian banjir memang sering terjadi di Malaysia. Setiap tahun tak pernah miss. Seperti yang kita sedia maklum bahawa air itu merupakan agen pembersihan yang sangat berkesan yang sering digunakan untuk membersihkan kekotoran. Dalam Islam air hujan merupakan air yang suci dan boleh di gunakan untuk tujuan ibadah serta istinjak selagi mana ianya tidak tercemar. Namun, adakah banjir ini merupakan salah satu cara Allah membersihkan dunia daripada kekotoran? Kekotoran maksiat yang sengaja dipalitkan oleh manusia.....Hanya Dia Yang Maha Mengetahui...

No comments: