Salam,
Pembukaan yang indah untuk permulaan baru.
Setelah 3thn mendiami kolej kediaman IPG Perlis, akhirnya kami diarahkan untuk menetap dirumah sewa kerana kolej kediaman akan dilimpahi lagi dgn pelajar baru pada tahun depan. Pada mulanya terasa tal best sebab keadaan kewangan yang tidak mengizinkan. Namun berkat doa dan usaha akhirnya saya dan kwn2 dapat sebuah rumah untuk disewa RM 300 sebulan. Boleh lah share duit duduk sebumbung....Alhamdullillah semuanya berjalan lancar. Bulan depan kami akan berpindah. Syukur itu Penting supaya kita tidak riak dengan kenikmatan dunia. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau kita rasa susah, kita mesti bersyukur sebab kita masih ada tempat untuk berlindung dan dilimpahi rahmah Allah.........Tidak kebuluran dan tidak dilanda musibah yang besar dan yang paling penting sekali aku masih diberi peluang sehari lagi untuk menjadi seorang guru yang baik.
1 comment:
duduk kat luar tu kena lebih berhati-hati. Ingat pesan mak n ayah. What ever you do... maruah kena jaga agama kena pelihara, barulah selamat....and don't forget...kena berjimat.
Post a Comment