Artikel ini kemuatkan dalam blog ini untuk tatapan semua yang sudi singgah utuk setitis ilmu.
ANTARA  KEISTEMEWAAN DAN KELEBIHAN RAMADHAN
Pintu  Syurga Dibuka Dan Pintu Neraka Ditutup.
Sabda  Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila  datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup  pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat  Bukhari dan Muslim).
Hanya  Orang Yang Berpuasa Dapat Memasuki Pintu Syurga ar-Rayyan.
Sabda  Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya  di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang-orang  yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang lain selain mereka  tidak dibenarkan.
(Riwayat  Bukhari dan Muslim).
Orang  Berpuasa Bergembira Ketika Bertemu Allah Taala dan Berbuka.
Sabda  Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bagi  orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka  puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan  Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya.
(Riwayat  Bukhari dan Muslim).
Bau  Mulut Orang Yang Berpuasa Lebih Wangi Dari Kasturi.
Sabda  Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Demi  Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya bahawasanya bau mulut  orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya di sisi Allah daripada  bauan kasturi.
(Riwayat  Bukhari dan Muslim).
Diturunkan  al-Quran al-Karim.
Firman  Allah Taala bermaksud:
Bulan  Ramadhan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk  bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan  petunjuk dan perbezaan (menjelaskan di antara yang benar dan yang  salah).
(Surah  al-Baqarah: ayat 185).
Amalan  Puasa Dinisbahkan Khusus Kepada Allah Taala.
Sabda  Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah  Taala berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan  puasa. Ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya.
(Riwayat  Bukhari dan Muslim).
Malam  Lailatul Qadar.
Firman  Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya  Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul  Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu  lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat  dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.  Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
(Surah  al-Qadr: ayat 1 hingga 5).
ANTARA  PERISTIWA PADA BULAN RAMADHAN (BULAN KEMENANGAN)
Peperangan  Badar al-Kubra.
Pererangan  ini berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah.
Pembukaan  Makkah.
Berlaku  pada 21 Ramadhan tahun kelapan Hijrah.
Peperangan  al-Qadisiyah.
Berlaku  pada tahun 14 Hijrah.
Pembukaan  Andalusia.
Berlaku  pada tahun 92 Hijrah.
Peperangan  Hittin.
Berlaku  pada tahun 583 Hijrah.
Kekalahan  Tentera Tartar.
Berlaku  pada 25 Ramadhan tahun 658 Hijrah.
Kekalahan  Israel.
Berlaku  pada 10 Ramadhan tahun 1393 Hijrah.
KEKUATAN  RAMADHAN MENGHADAPI SYAITAN
Sabda  Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila  datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup  pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat  Bukhari dan Muslim).
Syaitan  merupakan musuh tradisi kepada anak Adam. Permusuhan ini bermula sejak  dari penciptaan Nabi Adam A.S. sehinggalah ke hari qiamat. Janganlah  sesekali anak Adam tunduk mengabdikan diri kepada tuntutan syaitan yang  akan terus-menerus menyesatkan manusia.
Firman  Allah Taala bermaksud:
Bukankah  Aku telah memerintahkan kepadamu hai anak Adam supaya kamu tidak  menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi  kamu. Dan hendaklah kamu menyembahKu inilah jalan yang lurus.
(Surah  Yasin: ayat 60 dan 61).
Firman  Allah Taala bermaksud:
Syaitan  menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu  berbuat kejahatan sedangjan Allah menjanjikan untukmu keampunan  daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.
(Surah  al-Baqarah: ayat 268).
Di  antara peranan syaitan ke atas anak Adam ialah:
01. Berusaha mengkufurkan orang mukmin.
02. Bersifat gopoh.
03. Mengikut hawa nafsu.
04. Hasad dengki.
05. Takabbur.
06. Menghapuskan rasa takut dan ingatan  manusia kepada Allah Taala.
Firman  Allah Taala bermaksud:
Syaitan  telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah  mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan  syaitan itulah golongan yang merugikan.
(Surah  al-Mujaadilah: ayat 19).
Di  kesempatan Ramadhan kali sama-samalah kita menjauhi segala apa yang  telah dilarang oleh Allah Taala dan mentaati segala apa yang  diperintahkan olehNya. Semoga segala sifat-sifat dan ajakan syaitan  tidak dapat menumbusi diri kita kerana syaitan telahpun dirantai  sepanjang Ramadhan. Janganlah pula hawa nasfu diri turut menguasi diri  tatkala mana syaitan tiada di sisi.
01. Hendaklah menjaga mata daripada  memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan  melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah Taala. 
02. Hendaklah memelihara lidah dari  berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri. 
03. Hendaklah menjaga telinga dari  mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram kerana Allah Taala  menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram.
04. Menghindarkan anggota badan yang  lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang. 
05. Jangan makan terlalu banyak ketika  berbuka  sampai penuh perutnya.
06. Hendaklah hati kita itu merasa  goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak  tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak. 
PENUTUP
Mungkin  setakat ini dahulu artikel ringkas saya pada kali ini. InsyaAllah saya  akan menulis artikel sambungan lagi jika mempunyai kesempatan iaitu  untuk memberikan penjelasan mengenai amalan dan ibadat di dalam  sepanjang bulan Ramadhan ini. Apa yang ingin diingatkan di sini  janganlah kita mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Allah Taala  kepada kita pada kali ini. Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan  memperbanyakkan amalan.
Terima kasih kepada,
 
 
No comments:
Post a Comment