Wednesday, May 12, 2010

Examination is knocking....


DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

dibawakan kepada anda oleh PERMAI ONLINE

Monday, May 10, 2010

Apa salahnya!!!!!

9 Mei 2010

Kejohanan Cage Futsal menjadi aktiviti aku pada hari itu. Semangat aku berkobar-kobar. Belum pernah lagi aku main Cage Futsal ni. inilah kali pertama, itupun sebab kak didi ternampak banner dekat depan Unimap. Jadi kami membuat kata sepakat ingin menyertai kejohanan tu dengan niat mencuba dan mencari pengalaman. Sesampainya aku di Kompleks Sukan Unimap Kubang Gajah, tepat jam 8.00 pagi, lengang!! Hanya kelibat beberapa orang urusetia sahaja yang kelihatan. Setelah pergi mandaftar, sekitar jam 8.30 pagi barulah kelibat peserta2 lain kelihatan. Tiba2 aku dan sahabat yang lain terpandang sekumpulan anak gadis yang beperwatakan seperti pemain bola profesional. Mereka mengenakan jersi biru, berseluar pendek dan berselipar NIKE. Style rambut pendek dan diwarnakan dengan warna perang dan coklat. manakala kasut futsal berjenama NIKE T90 mereka digantung dileher. Fuhh!!! Stylo Giler!!! Ini baru betol nak main bola.......

Aku dan sahabat2 kelihatan tertegun dengan lagak dan aksi mereka. 'Alamak diorang ni nampak cam pro je'. salah seorang sahabat bersuara. Hati aku juga tak terlepas daripada membuat sangkaan demi sangkaan. kami ketika itu hanya mengenakan pakaian jersi bewarna merah, bertudung putih dan berkasut sukan (running shoes) dan berseluar panjang. lagak dan gaya seperti pemain bola jaring aje. Kalau macam ni jadi kangkong goreng belacan la kita.

Namun bagi aku apa salahnya main bola pakai tudung dan berseluar panjang. Kenapa mesti nak pakai seluar pendek dan rambut mesti pendek dan tidak bertudung. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Walaupun matlamat kita hendak bermain bola, permainan yang dipelopori oleh kaum lelaki dan pakaian yang dikenakan adalah seluar pendek, namun kita sebagai umat Islam tidak boleh mengikut cara orang bukan Islam. Tidak salah sebenarnya menutup aurat kerana setiap hukum yang Allah cipta mempunyai hikmahnya. Allah itu Maha Mengetahui. Oleh kerana permainan ini dicipta oleh orang barat, maka mereka menggubal undang2 mengikut adat dan keselesaan mereka.

Sudah menjadi lumrah orang Melayu, segala yang berkaitan dengan barat adalah moden dan baik. Oleh itu sesiapa yang mengikut cara barat diisytiharkan sebagai hebat dan bertamadun. Pepatah ' rambut sama hitam, hati lain2' tak boleh dipakai lagi, sebab orang sekarang bukan sahaja hati lain2 tapi rambut pun dah lain. Apa kata tukar jadi pepatah ' rambut dah la lain, hati apatah lagi'. Islam tidak pernah menghalang umatnya bersukan malah digalakkan lagi. Namun ada batas2 dan caranya untuk melaksanakan sukan ini. Sebab itu lah Sukan boleh jadi satu ibadah apabila disertakan dengan niat kerana Allah. Sebagai umat Islam yang telah disediakan buku panduan (al-quran) untuk hidup diatas muka bumi ini dan dikurniakan lagi akal untuk berfikir, berfikirlah secara rasional. Zionis laknatullah memang telah lama menguasai barat untuk tujuan yang satu tak lain tak bukan menyesatkan umat Islam.

Aku menulis ini bukanlah untuk menunding kepada sesiapa, sekadar untuk meningatkan diri aku dan sahabat2 lain supaya jadilah seorang muslim yang patuh pada ajaran agama. Aku bukanlah manusia hebat dalam hal2 agama. Aku hanya mengejar yang wajib, jarang sekali yang sunat. yang wajib itupun kadang2 terasa berat dihati. Namun, matlamat aku adalah untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini, tetapi hari esok belum tentu....

Syukur kerana mak dan ayahku sering mengingatkan diri aku.........Solat terutamanya...
Dari aku kecil aku sudah dimaklumkan bahawa Islam itu Benar dan Tertinggi

TERIMA KASIH MAK DAN AYAH KERANA TELAH MENYULAMI KELUARGA KITA DENGAN ISLAM....

Nukilan tulus dari hatiku.....


Sunday, May 9, 2010

PJ = Pendidikan Jasmani @ Pendidikan Jiwa



Kebelakangan ini aku kerap membaca novel2 untuk menghilangkan rasa penat dan boring. Antara novel2 yang aku telah tamatkan pembacaan ialah novel karya Ramlee Awang Mursyid iaitu Cinta Sufi, novel karya saudara Faisal Tehrani berjudul Bila Tuhan Berbicara dan juga sebuah novel karya anak muda yang sebaya dengan aku iaitu saudara Hilal Asyraf dengan karyanya berjudul VT (Volleyball Team).

Pada mulanya, aku membaca kesemua novel ini hanya sekadar untuk mengubat jiwa yang homesick. Namun pelbagai ilmu dan pengajaran yang aku dapat melalui novel2 ini. Penulisan saudara Hilal yang paling berkesan dalam jiwa aku. Menggunakan konsep Sukan Itu Ibadah, beliau telah merungkaikan erti sukan bagi seorang muslim. Penceritaannya bermula di sebuah sekolah Maahad At-Tarbiyyah al-Islamiyyah (MATRI) di Perlis. Seorang guru baru yang dalam perjalanan menuju ke sekolah MATRI untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pendidik telah ditanya oleh seorang pemandu teksi.

'Cikgu mengajar apa?'
'Saya ajar PJ pak cik.'
'oh, Pendidikan Jasmani.'
'Pendidikan Jiwa.' sambil tersenyum.

Cikgu hussam di beri tanggungjawab mendidik jiwa dan akhlak pemain-pemain bola tampar MATRI. Kesemua pemain2 tersebut mempunyai pelbagai masalah dan merupakan pelajar yang sangat bermasalah di MATRI.Pelbagai cara dan teknik yang digunakan untuk melembutkan hati2 yang keras ini.

1. latihan yang kuat dan berat diseimbangkan dengan qiamullail di tengah malam .
2. Sesi memanaskan badan untuk mempersiapkan otot untuk beraksi diseimbangkan dengan doa Rabitah bagi mengikat ukhuwah berpasukan.
3. Pemakanan yang seimbang untuk tubuh badan diimbangkan lagi dengan usrah dan tazkirah di malamnya supaya menjadi makanan jiwa supaya lebih kuat.
4. Teknik asas permainan di perkuat serta diimbangi dengan pengukuhan asas iman serta titip2 kesabaran dan kesungguhan.
5. strategi permainan diatur berpandukan strategi peperangan di zaman Rasullullah SAW dan sahabat2 baginda.
6. Niat diperbetul, Sukan sebagai satu ibadah. Membawa Islam di mata dunia menerusi sukan dan memastikan Islam yang tertinggi.
7. Perjuangan disemarakkan dengan laungan Allahuakbar!!!!!!

Tahniah saudara Hilal Asyraf.. Walaupun ana sebaya dengan enta, namun ana masih tidak mampu menulis sehebat enta. Terima kasih kerana menulis buku ini kerana buku ini amat bermakna buat ana yang bakal bergelar cikgu PJ. Semoga Allah memudahkan segala urusan enta. Allahuakbar!!!!!

KARYA HILAL ASYRAF DIPUJI DALAM BERITA HARIAN

Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
rashiqah@bharian.com.my

LAMAN Web http://aladibafzan.wordpress.com memuji secara melangit novel VT karya penulis muda, Hilal Asyraf, apabila mengiktirafnya sebagai karya yang membawa revolusi dalam bidang penulisan.

Novel realisme terbabit didakwa mampu menandingi kehebatan novel pop-Islam, Ayat Ayat Cinta karya Habiburrahman el-Shirazy berdasarkan kemampuan penulis menerapkan idea melalui pengalaman dan realiti kehidupan masyarakat, tanpa mengetengahkan unsur cinta.

Penulis web, Aladibafzan, dilaporkan berkata keberanian Hilal tidak memasukkan unsur cinta dalam novelnya, sebaliknya memilih nilai persahabatan dan kemanusiaan sebagai tema utama, wajar dipuji kerana karyanya itu ternyata melekat di hati pembaca.

“Novel ini adalah percubaan Hilal untuk terjun ke dalam dunia penulisan sastera serius kerana nilai yang diterapkan memberi kesan kepada pembaca. Mungkin inilah masanya untuk kita mengubah selera pembaca daripada novel pop-Islam dan picisan kepada karya berunsur Islam tulen,” laman web terbabit melaporkannya berkata.


Aladibafzan turut memuji gaya bahasa santai Hilal dalam novel berkenaan sehingga pembaca tidak ‘diberatkan’ untuk memahami kisah garapan penulis dan keseimbangan teknik dialog dan monolog menjadi tarikan kepada pembaca untuk menghayati novel sulung penulis itu.

“Malah pada penghujung setiap bab novel terbabit ditutup dengan teknik mendebarkan bagi memberi peluang kepada pembaca berfikir dan membuat andaian terhadap kesudahan kisah setiap bab,” lapor laman terbabit.

VT mengisahkan suka duka pasukan bola tampar Ma’had Attarbiyyah al-Islamiah Perlis (Matri) yang dianggotai penulis sendiri dan memaparkan kisah benar di sekolah berkenaan, selain menggunakan nama sebenar anggota sebagai watak.

Aladibafzan memperakukan kaitan aspek Islami dan realisme yang ditonjolkan dalam VT dapat dilihat menerusi unsur hubungan pencipta dengan manusia dan diterap dalam realiti pasukan bola tampar itu.

“Novel ini cuba membuktikan bahawa walaupun tidak mempunyai stamina atau kemudahan sukan yang lengkap, tetapi hubungan erat antara Tuhan dan manusia menjadi punca kejayaan yang hakiki, duniawi atau ukhrawi,” ujarnya dalam laman terbabit.

Hilal dikatakan cuba mengaitkan bahawa ketiadaan hubungan antara pencipta dan manusia boleh menjadi punca kerenggangan hubungan sesama manusia iaitu aspek yang jarang diketengahkan penulis tempatan yang lebih gemar kepada kisah cinta.
Penulis web itu turut tertarik dengan pemilihan latar yang menjadi ciri penting dalam menghasilkan karya bersifat realiti seperti tempoh persekolahan dari awal semester pertama (Januari) sehingga akhir cuti semester (akhir Mei- awal Jun), di samping waktu kejohanan pada pertengahan Mei.

Terus ke web:
http://ms.langitilahi.com/pengalaman-saya-masuk-berita-harian/

Thursday, May 6, 2010

SURAT UNTUK MAK...

Mak...
janganlah sedih ibah tak dapat balik buat sirih junjung....
Mak...
Janganlah lah sakit2 urat, sebab dah jarang anak2 mak tolong urut kan sekarang...
Mak...
janganlah berhenti berleter, sebab anak2 mak rindu nak dengar suara mak, walaupun dalam corong telefon....
Mak...
janganlah risau anak2 mak sekarang jauh dengan mak, sebab pesanan mak dgn ayah selalu jadi keutamaan kami...
Mak...
janganlah takut anak2 perempuan mak tak pandai masak, sebab kami kat sini cukup training...
Mak...
janganlah menangis kalau hati tengah sedih... kitakan kawan... nangis sama2... gelak sama2...sharing is caring...
Mak...
Rindu nya dekat mak
Mak...
susahnya nak cari diri sendiri, berliku-liku jalannya...
Mak...
Anak2 mak sekarang sedang melalui proses kematangan...
Mak...
Susahnya nak berubah... ada je halangan
Mak...
jangan risau anak mak ni pasti buat yang terbaik
Mak...
terima kasih...

makkkkkk!!!!!!!!!!!!!

adusss...rasa macam homesick bukan kepalang dah ni....

Mak, jangan risau sebab anak mak ni bercita2 nak jadi CIKGU... Kerjaya yang paling mulia di sisi ALLAH SWT....