Semenjak balik dari PL ni, memanjang aje kena fire dengan lecturer. Naik pening dan berasap juga dah kepala ni. Sampai kena tahap 'HANG TERUKKK, LEMBAPP,BALUT LIAT ..........!!!!'. Itu lah hakikatnya yang dah berlaku pada geng PJ batch aku ni. Semangat setiakawan tahap gunung everest punya tinggi... tahap tak ingat dunia punya..
Seronok jugak walaupun kena marah je. Time ni lah nak belajar organize sesuatu projek yg perfect lagi mantap. Kalau tak ditegur takkan tau mana salahnya, mana kelemahannya. kerja dengan ramai orang memang susah pasal banyak kepala. Bila banyak kepala banyaklah songehnya. that is why sikap profesional tu penting bg every teacher kat dunia ni. Kita jugak kena belajar terima teguran and jangan cepat melenting. ini tak pantang ditegur ada je yang melenting macam bertih jagung.
Apa pun aku nak habak mai, aku berjaya mengayuh kayak daripada pukul 12 tgh sampai pukul 6 ptg. Letih tu biasa lah. sesampai aje aku dekat pantai rasa macam lumpuh satu badan. Tangan dah rasa semacam je. pukul semut pun tak mati agaknya. Punyalah lembik tahap puding caramel. Tapi memang syok habis walaupun aku tak berpa nak faham dengan aku punya partner kayak. Ada ke dah separuh perjalanan boleh mengantuk. Orang kayuh bagai nak gila penatnya, dia boleh pulak sleepy siap menguap lagi. memang otak tak cukup O2 kot time tu.
Ada pulak time tgh2 laut tu dok nyanyi. kalau lagu yang indie or unformal takpa la jugak, ini dok nyanyi lagu perkhidmatan awam tgh2 laut macam tu. sungguh patriotik betul. Siap sedia berkhidmat dengan kerajaan Malaysia ni... Aku pun join sekaki la... hehehe.. Bukan apa nak mengelakkan masalah mental dan stress berlaku. Cabaran nya tetap best. masa tu lah nak tau kemampuan diri dan kenal diri sendiri.
No comments:
Post a Comment