Sunday, April 25, 2010

the story of sirih junjung




PErtandingan sirih junjung!!!!!!!
hah!!!!

didier drogba : jom ar kite masuk competition tu...
adebayor : saya tak yakin la boleh menang..tendang bola reti la..
didier drogba : huh, ingat kite main bola, tak reti ke buat benda alah tu..
adebayor : memang tak reti pun.. ingat senang ke nak buat sirih junjung tu..
didier drogba : belum cuba belum tau. ni hah aku ada borrow magazine pengantin from Yaya ni. bleh buat rujukan sikit.

adebayor : sejak bila lak Yaya Torres baca maqazine rope ini..Ah, whatever la... ni kira konpem masuk la ni?

didier drogba : yo la..
adebayor : ok la..jangan tak jadi junjung dah lah sirih tu..kang jai sirih tergolek pulak kang....

beberapa jam sebelum pertandingan...

didier drogba : mano nak cari sirih ni hah...kat pasar tadi pon dapat sirih tak berapa nak elok.

adebayor : rope ini kalah la kite..
wawa torey : hang ni la, semangat rope tikuih, cuba jgn pikiaq pasai kalah.dah la jom p makan dulu.. baru ada tenaga nak lawan..baru boleh fokus..
didier drogba : hek eleh gaya cam main bola je...

di sebuah restoren.. pekena nasi lemak dulu,,

adebayor : apa kate kite p tanya tokey kedai. kot la belakang rumah dia ada pokok sirih. boleh beli sket

didier drogba : makcik2.. ada pokok sirih tak?
makcik : tak dok la.. nak buat apa? siapa nak kahwin?
didier drogba : tak de sape makcik. nak masuk pertandingan je.
makcik : cuba p tanya rumah makcik kat seberang jalan tu. rumah dia ada pokok sirih...

berbekalkan sirih yang makcik Lebaq sedekahkan, maka didier drogba dan adebayor memulakan pertandingan tersebut.

pulun punya pulun, cucuk punya cucuk, akhirnya siap juga sirih junjung tersebut..tapi tak dapat la juara.. buleh nombor dua pun jadi la..


Saturday, April 24, 2010

Hlovate..siapakah dia? he or she?




Nama Hlovate memang popular....
sebut je nama dia aku mesti tergelak dek penangan bahasa basah ala kadar plus selamber dalam novel dia. Tak pernah satu pun novel dia yang tak buat aku gelak. Memang sempoi dan berasap... Tapi siapa sebenarnya penulis novel aA+bB ni yang hanya dikomersialkan dengan nama HLOVATE.

Mula2 baca novel aA + bB, hlovate dah curi masuk dalam jiwa aku. Sikit2 dia curi hati aku... now i'm the BIG fan of HLOVATE. Baca story GT_i dalam blog dia aku teringat zaman sekolah dulu... Penulisan Hlovate amat dekat dengan hidup aku time sekolah dulu. Sape2 yang pernah duduk hostel, memang penulisan dia terkesan di hati. Lepas tu aku terus baca Schubert Serenade. Olahan yang sama digunakan, bahasa basah selamber tahap tak ingat dunia.

Baru2 ni aku captured pulak 5 Tahun 5 Bulan... Aku cam dapat rasa yang Hlovate ni seorang pelajar medic sebab olahan dia pasal medicine things memang menjatuhkan rahang aku. Walaupun aku memang bukan budak medic dan olahannya memang ada yang aku tak faham. But dun worry, bila lagi nak tau pasal medic, nak harap buka buku medic... bdk2 medic sendiri pun naik migrain.. ni kan aku.....

Now, ada 2 orang novelist yang berjaya menawan hati aku iaitu RAM and HLOVATE.... kedua-duanya mempunya gaya penulisan yang jauh berbeza but diorang lah penghapus boring aku. Dalam selamber2 HLOVATE dan semisteri2 RAM mereka tak pernah lupa akan agama ISLAM. Menyemarakkan Ad-din dalam setiap watak novel mereka merupakan satu usaha yang amat aku kagumi.Dan aku rasa sape2 yang memang dah baca novel mereka, memang jatuh hati dengan story diorang ni. So, aku harap RAM n HLOVATE dapat story dan terus berstory untuk kitorang...Dan terus mengngatkan remaja mengenai cara hidup Islam yang sebenarnya....

Wednesday, April 21, 2010

Happie Birth Dayzzzzz!!!!!

spoil nye...
ngeee.. boring tahap rasa nak gigit jari je.
even i have a lot of report to finish, still tak de mood nak buat
takkan nak ngadap komputer tulis report je sepanjang hari.. naik juling mata aku nanti..
desktop pula rosak, aduishh!!!
ni tulis blog ni pun pakai didier drogba (kak DD) punya laptop..
Cadangnya nak puasa ganti hari ni..but pagi tadi tak terbangun sahur
woke up je rasa thirsty sangat.. apa lagi dapat teguk air setengah botol ..fuhh lega

Hari ni Birthday Paan, just wish him happy birthday aje.. no present.. tak de pitih loh.
Teringat time birthday kat Hostel... Siap buat war telur mentah vs tepung gandum cap layang2 lagi. Check line!!! clear!!! telur pun dibaling tepat mengena badan birthday boy tersebut..kepulan asap yang putih berkepul2 menghujani sehingga membentuk doh di atas lantai apabila teradun dengan telur tadi... nak version hard core lagi.... telur tembelang + vinegar...hahahaha..devil punya angkara sungguh....

..........................................................................................................................................................................

THINKING??????
........................................................................................................................................................................

Perlu ke bagi hadiah Birthday? kalau tak bagi terasa hati ke? kalau orang bagi terima aje.. tapi apa sebenarnya nilai hadiah birthday ni?

penghargaan?......untuk apa? sebab berjaya hidup sampai usia sekarang? huh?
peringatan?.......bukan ke tiap2 hari ingat?
sedekah?.......... kenapa hari brithday je?
tanda sayang? kasih? cinta?......tak cukup ke dengan wish.. sayang, cinta atau kasih tak dinilai dari asek material.

perlu ke sambut hari lahir ni? baling telur + pekena kan tuan punya badan cukup2? kalau kita renung balik... usia kita ni hanyalah pinjaman. Allah yang bagi kita semua ni.. Healthy, life, money, love and everything come from HIM. so, hadiah apa yang paling sesuai untuk sambut hari lahir ni.

Pray - solat dan doa tu merupakan tandanya kita syukur pada DIA sebab bagi kita kehidupan ni. mungkin kita boleh recite the sentences from ALLAH Love Letter (Quran) pada hari jadi kita ataupun hari jadi sesiapa yang kita kenal with hope he or she can peform well in ibadah and aim for victory of life and after life.

so, janganlah terbiasa sambut birthday dengan nilai material tak bertempat..sepatutnya kita berterima kasih pada Allah bukan nya pada diri kita atau orang lain. sebab Allah yang empunya sekalian alam...
boleh nak bagi hadiah but.... jangan melebih2 or membazir.. just enough for a wish from a noble heart....deep2 inside... or a present yang boleh memberi 1001 benefits to a person.

kepada semua rakan2 yang menyambut hari lahir pada hari ini.. Happy Birthday.. semoga dipanjangkan umur dan semoga hidup anda di berkati ALLAH... Amin....

Tuesday, April 20, 2010

fake it till u make it!!!

kadang2 kita kena paksa baru terbiasa..

FAKE IT TILL YOU MAKE IT...
kalau dah biasa tak solat,.. rompong2 aje setiap hari. paksa juga diri tu solat setiap waktu.. nanti kalau dah terbiasa nak tinggal pun dah payah.
kalau jarang baca al-quran, paksa diri baca mula-mula sekali seminggu, lepas tu 3 kali seminggu, then everyday recite it. paksa jangan tak paksa!!!!!

cakap dekat diri kita sendiri. 'Aku mesti buat' baru lah ada motivasi nak buat.
Kita kena tegas dengan diri kita sendiri barulah kita akan jadi budak baik......

apa dalam inbox mind aku hari ni?

Semenjak balik dari PL ni, memanjang aje kena fire dengan lecturer. Naik pening dan berasap juga dah kepala ni. Sampai kena tahap 'HANG TERUKKK, LEMBAPP,BALUT LIAT ..........!!!!'. Itu lah hakikatnya yang dah berlaku pada geng PJ batch aku ni. Semangat setiakawan tahap gunung everest punya tinggi... tahap tak ingat dunia punya..

Seronok jugak walaupun kena marah je. Time ni lah nak belajar organize sesuatu projek yg perfect lagi mantap. Kalau tak ditegur takkan tau mana salahnya, mana kelemahannya. kerja dengan ramai orang memang susah pasal banyak kepala. Bila banyak kepala banyaklah songehnya. that is why sikap profesional tu penting bg every teacher kat dunia ni. Kita jugak kena belajar terima teguran and jangan cepat melenting. ini tak pantang ditegur ada je yang melenting macam bertih jagung.

Apa pun aku nak habak mai, aku berjaya mengayuh kayak daripada pukul 12 tgh sampai pukul 6 ptg. Letih tu biasa lah. sesampai aje aku dekat pantai rasa macam lumpuh satu badan. Tangan dah rasa semacam je. pukul semut pun tak mati agaknya. Punyalah lembik tahap puding caramel. Tapi memang syok habis walaupun aku tak berpa nak faham dengan aku punya partner kayak. Ada ke dah separuh perjalanan boleh mengantuk. Orang kayuh bagai nak gila penatnya, dia boleh pulak sleepy siap menguap lagi. memang otak tak cukup O2 kot time tu.

Ada pulak time tgh2 laut tu dok nyanyi. kalau lagu yang indie or unformal takpa la jugak, ini dok nyanyi lagu perkhidmatan awam tgh2 laut macam tu. sungguh patriotik betul. Siap sedia berkhidmat dengan kerajaan Malaysia ni... Aku pun join sekaki la... hehehe.. Bukan apa nak mengelakkan masalah mental dan stress berlaku. Cabaran nya tetap best. masa tu lah nak tau kemampuan diri dan kenal diri sendiri.