Saturday, January 16, 2010

Aku telah pun membaca novel 9 nyawa karya Ramlee Awang Mursyid. Terima kasih buat mak yang telah membelikan buku kegemaranku. Apabila karya seseorang diterbitkan, pasti respon audien yang ditunggu-tunggu. Aku merupakn peminat karya novelist thriller no.1 Malaysia RAM, Kebanyakan novelnya membawa penceritaan yang unik dan menarik. Trilogi Bagaikan Puteri dan kisah penggembaraan seorang Tombirou merupakan novel-novel kegemaranku. Baru-baru ini novel 9 nyawa telah dipasarkan.

 

9 Nyawa mengisahkan seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mengalami koma. Semasa dalam koma, watak dibawa menerokai dunia sebenar kehidupannya yang penuh dengan jawapan yang tidak diduga menerusi alam antara hidup dan mati. Watak ini berjumpa dengan seorang lelaki yang buta matanya namun celik mata hatinya. Lelaki ini mampu mendengar suara2 hamba Allah yang berada di alam antara hidup dan mati yang memohon pertolongannya.Lelaki ini merupakan seorang yang taat beribadat kepada Allah dan dia yakin bahawa apa yang berlaku terhadap dirinya adalah kehendak Allah. Apa yang menarik menerusi penceritaan novel ini ialah sikap seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan anaknya berada dalam keadaan sihat.Duit sudah tidak menjadi keutamaanya. namun disebalik kekayaan yang dikecapi sang ibu, ibu ini tidak pernah bersujud setelah sekian lama sehingga mempercayai perkara-perkara tahyul yang menyebabkan anaknya akan mati. Novel ini mempunyai unsur-unsur Islamik yang kuat. Oleh itu tidak rugi untuk membacanya.

 

Bercakap mengenai ibu bapa, hari ini kawan ku menceritakan bahawa di kangar ini terdapat hamba Allah yang sanggup membuang ayah kandungnya dengan alasan tidak mahu menjaganya kerana menyusahkan. Menurut satu sumber Seorang anak telah meninggalkan ayahnya di tepi jalan. Betapa kejamnya anak ini.Lebih baik tinggalkan ayah itu di rumah orang tua daripada dibiarkan di tepi jalan. hina sangatkah seorang ayah yang dulunya berpenat lelah mencari nafkah untuk memastikan kita dan mak kita ada tempat perlindungan, ada banda nak makan,ada duit nak belanja sekolah, beli baju baru,lanjutkan pelajaran sana-sini. Sampai masa apabila dah berjaya ditnggalkan begitu shj. Salah siapa semua ni. Tak cukup lagi ke dengan hasil produk luar nikah yang kita dah hasilkan,dengan sampah-sampah yang tak boleh nk dilupskan,dan sekarang kita nak buat mak dan ayah kita macam sampah!!!!!Bertaubatlah wahai anak!!!!

 

Baru-baru ini aku dan kwn2 telah diberi pilihan untuk melawat rumah anak yatim atau pun rumah orang tua. Kami  telah memilih untuk ke rumah orang tua. Tujuannya, adalah untuk mendekatkan diri dengan warga emas yang telah banyak berjasa kepada kita namun tak pernah dihargai.Aku sedih sebab mereka ni ibarat mak dan ayah aku sendiri. Kenapa mereka tak sanggup untuk menjaga mak dan ayah sendiri.Beberapa tahun dulu masa tok we aku terlantar sakit di rumah, mak aku tak pernah membiarkannya begitu sahaja. Mak jaga ibunya sendiri macam seorang ibu menjaga anak kecilnya. Aku merupakan saksi bagaimana mak menukarkan lampin pakai buang pada tok we, memandikn tok we, bersihkan badan dia sehingga lah tok we menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mak aku tak pernah mengeluh begitu juga ayah aku.Jadi aku juga akan menjaga mak dan ayah aku nanti. Nak buang mereka macam sampah atau hantar mereka ke rumah orang tua?...tidak sama sekali!!itu janji aku pada diri aku sendiri!!!

 

Friday, January 15, 2010

Bersyukurlah...

Tahun 2010 bakal menyaksikan diriku berada selangkah lagi di hadapan. Usiaku bakal menjangkau 21 thn. Usia yang sudah berhak untuk memilih dan membuat sesuatu keputusan besar dalam hidup. Bermula juga hidup aku sebagai penuntut tahun 2 di IPGM Perlis. Tahun ini bakal menyaksikan kedewasaanku dalam menjalani aktiviti luar yang mencabar. Adakah ianya bakal menjadi satu aktiviti luar yang paling mencabar dalam hidup aku. Lebih mencabar daripada apa yang aku lalui tahun lepas.

Saidina Umar al-Khattab berkata:
"ajarkanlah anak-anak kamu berenang,menunggang kuda, menembak dan mempertahankan diri"

Pada mulanya aku menyertai pasukan sukarela Wataniah bukan kerana ilmunya tetapi kerana elaun latihan. jelaslah bahawa duit mampu menjerat aku. namun apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Penyertaan aku ke Khemah Tahunan Wataniah telah membuktikan bahawa aku adalah insan yang lemah yang mampu menjadi kuat lebih daripada jangkaanku.Ayahku pernah berkata mengenai minda dibawah sedar. Minda ini seperti 'Iceberg'. Ia hanya menimbulkan 7% dirinya dipermukaan air namun dirinya yang 93% lagi terletak di dalam air. 'Iceberg' inilah yang mampu menenggelamkan keegoon manusia iaitu 'Titanic'.

Bagaimanakah rasanya apabila terpaksa berjalan jauh di tempat yang gersang dan di kawasan berbukit sambil membawa beban yang berat? Bagaimana pula rasanya tidur di dalam tanah yang berlumpur dan hanya beralaskan ponco serta pakaian yang basah? Boleh mendengar gigi berlaga-laga akibat kesejukan. Apa pula kata pacat apabila manusia ini terkial-kial membuangnya daripada tubuh. Apa rasanya kalau tidak dapat mandi selama 4 hari dan apa rasanya jika tiada sesiapa yang akan mengingatkan kita untuk bersolat pada saat-saat yang sungguh tidak selesa ini. Arah kiblat pun tak tahu dan azan tidak kedengaran.

Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Bagi aku inilah dugaan paling hebat pernah aku terima. Dugaan untuk menunaikan perintah Allah ketika dalam keadaan yang sangat susah. Susah rasanya berada dalam kalangan orang-orang yang tidak menunaikan solat. Aku seperti tiada panduan. Tambahan pula itulah pertama kali aku masuk ke hutan dalam keadaan situasi peperangan dan bukan rekreasi. Panduan aku hanyalah kepada ilmu yang aku dapat semasa mendengar kuliah maghrib berkenaan cara-cara bersolat di medan perang.

Aku mencari tempat untuk bersolat di sekitar kawasan Platun aku. Memandangkan aku tidak dibenarkan meninggalkan kawasan kubu. Disebelah Tempat tidurku terdapat suatu ruang kecil yang berlumpur. Hanya bertawakal kepada Allah kerana aku memang tidak tahu arah kiblatnya dan terasa rugi kerana tidak membuat cukup persediaan. Aku sekadar membentangkan ponco ku untuk mengalas kepalaku ketika sujud. Dengan hanya berpakaian loreng yang basah dan lumpur yang terpalit diseluarku, berkasut butt yang penuh dengan lumpur dan senjata disangkut dibadan, aku memulakan solat ku.

Aku merasakan bahawa itulah solat yang paling khusyuk yang pernah aku buat dalam hidup aku. apabila aku mengangkat takbir, terasa seperti darahku berderau dan automatik airmata aku jatuh ke pipi. Betapa hibanya rasa pada ketika itu. jika sebelum ini tiada apa yang aku rasa ketika mengangkat takbir. Aku hanya mengetahui maknanya sahaja namun aku tidak menghayatinya.
Diakhir solatku, aku bermohon kepada Allah supaya diberikan kekuatan untuk meneruskan aktiviti ini dan menjadikan aktiviti ini sebagai titik mula untuk aku berubah menjadi seorang wanita yang berjiwa teguh dan kental.

Pengalaman solat di dalam lumpur, di atas batu sungai, di dalam kubu membuatkan aku berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan sebuah negara yang aman dan tiada peperangan. Aku mempunyai tempat untuk berlindung dan tempat yang selesa untuk beribadah serta menuntut ilmu. Namun hakikat manusia, apabila berada di zon selesa kita lupa siapa diri kita dan kita alpa pada perintah Allah.

Mengapa Hijrah itu sering dikaitkan dengan jihad. Pengrhijrahan daripada keburukan kepada kebaikan bukanlah perkara yang mudah kerana musuh paling besar dan kejam di muka bumi ini adalah diri kita sendiri, dan jihad yang paling besar ialah jihad melawan nafsu yang ada dalam diri kita.

Namun apa yang penting kita perlu mempunyai tekad untuk berubah. sekurang-kurangnya tekad itu akan memacu kita kearah kebaikan, dan tekad itu perlulah seiringan dengan usaha doa dan tawakkal kepada Allah.