Friday, February 20, 2009
Cikgu PJ Masa Depan!!!
Percaya atau tidak, inilah pekerjaan yang bakal kami buat apabila dah bekerja nanti. Nak belajar ilmu buat padang ni kena pergi interview dulu tau. Ingat senang ke!!! Sekolah kat negara kita bukanya ada padang yang canggih. Kena p ukuq sendiri. Bukan main panjang lagi tali tape. Dah tu kalau salah ukuq alamatnya tak jadi trak lumba larilah, silap-silap ari bulan jadi circuit lumba basikal...hahaha...Buat line kena guna minyak hitam dan alat untuk buat line tu direka khas untuk buat balapan olahraga ni. Baru rasa peritnya mantan2 cikgu PJ kita dulu buat trak untuk ajar anak muridnya berlari. Mudah-mudahan jasa mereka ni dikenang sampai bila-bila.
Walaupun kami semua dimarahi oleh En. Badrul kerana line yang kami buat tu senget dan keluasan setiap lane tak sama, namun kami tetap menjadikan pengalaman ini satu pengajaran dan ilmu yang sangat berguna kepada kami. Biar pun panas, dan tompokan minyak hitam menjadi corak di baju serta topi Petani kami ditiup angin yang mengganas, namun wahai rumput kering.... kami terpaksa lakukannya demi anak murid kami. We are the PE teachers......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment