Monday, August 8, 2011

unexpected thinking!!!

lama sudah tak update blog ni. Rindu nak menulis balik... This is it my new brain candy!!!

Pertamanya, penggal ni macam2 dah berlaku. Yang paling 'hot' sekali cerita pasal Kuning...ermmm Merah tak berapa nak laku la. Tapi kuning meletooopp!!! Jgn disebut nama kuning, jgn dipakai warna kuning kalau tak nahas... org ramai bertubi2 mengeluarkan pendapat termasuklah aku sendiri. tak kisah lah pendapat apa pon, cikgu sekolah saya kata pendapat ni tiada yg salah atau betul sebab hanya luahan fikiran org shj. org ada mulut, boleh cakap apa saja yang mereka mahu. tapi kena ingat apa yg keluar dr mulut tu mencerminkan ketinggian ilmu dan keperibadian seseorang. dari situlah kita boleh analisis pendapat mereka, bukannya diputarbelitkan...terima teguran itu tiada salahnya, selagi ada teguran maknanya masih ada rahmat Allah di sisi kita. Kita manusia biasa ada khilafnya.


Keduanya, kebelakangan ni otak aku ligat berfikir...bukan utk perah otak buat assingment, tapi memikirkan hal negara!!! Tenang due date lambat lagi...hehehe. Hal negara maknanya politiklah kan. Politik tu drp sebesar2 sehingga sekecil2 kan. yalah yg perintah negara, mereka ada kuasa. zakat kutip tiap2 thn sampai berjuta2 tapi tak agih, yang merana fakir2 miskin. sistem pendidikan kejap2 tu tak kena ni tak kena yang merana cikgu, yang hampeh anak bangsa jugak. lepas tu salahkan cikgu bila anak jadi adk beradik setan, sedangkan mak ayah yang lebih bertanggungjawab mendidik ank2. mana taknya mak ayah pun dah teridik dgn benda2 tak elok dek penangan hiburan sana-sini. sapa lulus permit nak buat hiburan sana-sini...bukan pemimpin ke?

Kenapa aku mesti cakne? Sebab Tok Guru srh cakne, sebab Rasulullah SAW suruh cakne, sebab Al-Quran dah gariskan. Rasulullah pun berpolitik juga tapi tak de la guna nama parti bulan ke dacing ke. Rasullulah berpolitik atas sebuah parti yang bernama ISLAM. Menegakkan Islam dan menubuhkan sebuah negara Islam pertama. Tujuannya untuk kemakmuran semua pihak, kerana Islam adalah agama yg adil dan saksama, tidak menindas mana2 pihak, tiada monopoli, tiada rasuah, tiada fitnah dan sebagainya. Orang Islam boleh tinggal bersama2 orang yang kafir dalam keadaan yang harmoni. Itulah Negara Berkebajikan... cayalah TGNA.

so, aku jadi pelik kenapa orang memisahkan politik dengan agama. inilah pemerintahan sekular yg dah lama diamalkan oleh org2 kafir. Politik jika disuburkan dengan Islam maka tiada istilah politik kotor. Politik tanpa agama ibarat pokok tanpa akar lah kot... aik macam mana tiba2 tumbuh daun, dahan, ranting tanpa akar. mungkin daun tu dibuat sendiri oleh manusia... ditokok dan ditambah agar pokok tu nampak segar bugar, buahnya ranum tapi hakikatnya bohong belaka kerana tanpa akar pokok tak boleh hidup.. lama kelamaan pembohongan tu akan musnah jua, kalau ada akar cantaslah mana bahagian pun pokok tetap teguh berdiri, tetap boleh hidup...

Wednesday, March 2, 2011

so many things....

Penuh sawang dah blog ni....penangan FB punya pasal sampai lupa kewujudan 2say4all..

Banyak perkara yang berlaku dalam dan luar negara, dari sekecil2 isu sampai lah sebesar2 isu. Awal tahun 2011 telah memperlihatkan kita beberapa kronologi kebangkitan rakyat di beberapa buah negara Arab. Sebagai umat Islam, sudah semestinya aku merasai gelombang ini. Tunisia menyaksikan sejarah keruntuhan kekuasaan diktator yang karparat lagi korup, mereka bangun menentang serta memperjuangkan hak2 mereka yg selama ini dicabul oleh mereka yang bergelar pemimpin2 negara. Begitu juga keadaannya di Mesir. Seluruh rakyat bangun dan berdiri di setiap jalan2 bagi menyuarakan bantahan dan protes terhadap kepimpinan Hosni Mubarak. Demonstrasi ini memperlihatkan rakyat dari pelbagai agama bersatu menetang Hosni dan kuncu2nya. Keadaan masih belum reda sehingga kini...demonstrasi gelombang kebangkitan ini terus merebak hingga ke Libya yang mana telah menyaksikan ratusan rakyat dibunuh oleh pemimpin mereka sendiri.

Hari ini aku terbaca satu blog yg menyatakan bahawa PM kita melabelkan Ikhwan Muslimin sebagai pengganas..Sebuah kumpulan yang diasakan oleh Hasan al-banna. http://www.al-ikhwan.net/al-ikhwan/Hari ini pula dunia dikejutkan dengan pemergian Erbakan, seorang pejuang Islam yang membenci amalan sekularisme di Turki dan memperjuangkan ke arah pembentukan negara Islam. Al-Fatihah.....
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31167:haris-zalkapli-erbakan-islamis-yang-menggugat-sekularisme-turki&catid=94:global2&Itemid=135


Wednesday, November 3, 2010

Hanya Dia Maha Mengetahui...

Bermula satu lagi episod sukar dalam hidupku. Ujian yang melanda tatkala hati masih rungsing memikirkan peperiksaan yang bakal menjelma. Dua hari hujan turun tanpa henti, beberapa kawasan di sekitar Perlis telah dinaiki air. Alhamdulillah tatkala banyak rumah yang sedang bergelut dengan air bah, rumah aku masih belum dinaiki air, mungkin kerana kawasan perumahan kami yang sedikit tinggi berbanding kawasan lain. Namun kami juga harus beredar kerana dijangka air akan terus naik dan kebanyakan jalan telah ditutup. Ramalan kami tepat, air mula naik dan kami perlu mencari jalan untuk ke kawasan maktab sebelum hari gelap. Dalam perjalanan, aku lihat banyak kenderaan yang tersidai di bahu jalan, orang ramai juga sedang menanti bantuan untuk ke temapat yang selamat. Ada juga yang enggan meninggalkan rumah. MasyaAllah, memang kelam kabut...Aku dan rakan2 meneruskan perjalanan. Jam menunjukkan pukul 7 petang. Beberapa minit lagi akan tiba waktu Maghrib, kami masih tersidai dibahu jalan menunggu kalau2 ada truck tentera lalu yang boleh bawa kami ke maktab. Akhirnya kami berjaya menahan sebuah truck tentera yang sedang bertugas. Sepanjang perjalanan menaiki truck kami sempat melihat kawasan yang ditenggelami air. Bekalan elektrik ketika itu sudah diputuskan. Gelap! Ditengah2 kegelapan kelihatan beberapa kujur tubuh yang menggagahkan diri mengharung air yang separas peha. Kelihatan juga beberapa buah kenderaan yang rosak. Setibanya kami dihadapan maktab, tiba-tiba kami ternampak sekumpulan anak muda berjemaah Maghrib di tengah2 jalan yang ditenggelami air separas buku lali, MasyaAllah..Terasa seperti menyirap darah keseluruh tubuhku.. Namun disekeliling anak muda tadi terdapat juga hamba Allah yang hanya melihat sahaja mereka bersolat tanpa rasa bersalah.. sedangkan mereka juga golongan yang wajib bersolat. Daripada 20 anak muda yang berada di situ cuma 3 orang sahaja termasuk imam yang berjaya menyahut cabaran Allah..Aku percepatkan langkah walaupun berat kerana terpaksa mengharung air separas peha untuk sampai ke hostel. Setelah sampai di hostel barulah aku dan rakan2 boleh menarik nafas lega untuk sementara waktu.

Kejadian banjir memang sering terjadi di Malaysia. Setiap tahun tak pernah miss. Seperti yang kita sedia maklum bahawa air itu merupakan agen pembersihan yang sangat berkesan yang sering digunakan untuk membersihkan kekotoran. Dalam Islam air hujan merupakan air yang suci dan boleh di gunakan untuk tujuan ibadah serta istinjak selagi mana ianya tidak tercemar. Namun, adakah banjir ini merupakan salah satu cara Allah membersihkan dunia daripada kekotoran? Kekotoran maksiat yang sengaja dipalitkan oleh manusia.....Hanya Dia Yang Maha Mengetahui...

Monday, November 1, 2010

Saturday, October 30, 2010

LATIHAN KEM TAHUNAN REJ 504 AW 2010

Syukur Alhamdulillah sebab berjaya menamatkan latihan kem tahunan untuk sesi 2010.
Dugaan tetap ada, namun kami berjaya menyelamatkan diri dari perkara yang ridak diingini.

Aku 6196100 PBT Adibah Bt Ahmad Sazili ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama  memberi semangat untuk mengharungi hari-hari sebagai seorang sukarela Askar Wataniah yang mana merupakan barisan kedua pertahanan negara.

Inilah wajah-wajah kegembiraan team Biawak Pasir yang telah mendapat tempat ketiga pertandingan menembak jatuh piring, kami berjaya mengalahkan pasukan Anak Bapak yang terdiri drpd Kapten, Leftenan dan Leftenan Muda. Inilah Wirawati negara.....

 Kasut yang telah banyak berjasa kepadaku dan kau juga telah memberi banyak cabaran dan dugaan buatku.

Inilah Wirawati Negara puteri kepada En. Ahmad Sazili Bin Mohd Nor dan Pn. Rohani Bt Abd Ghani, menggondol tempat ketiga Pertandingan Menembak Senjata Persendirian M16 berjarak 200 meter. 

I AM A FIGHTER,
TEACHER AND SOLDIER

Friday, October 22, 2010

aku dikala boring maka terhasillah sebuah nukilan........

Perjalanan Sebuah Kehidupan
Membidikkan kata-kata cinta
Tertusuk padu di hamparan hati yang kerdil
Membuak darah tangisan keinsafan
Terkulai tubuh tertunduk malu
Kebesaran-Nya selama ini kubutakan
Kebenaran-Nya kutulikan
Sedang Dia sentiasa bersamaku
Tidak pernah jauh walau sesaat

Aku malu...
Mengherdik hujan kerana membasahi jemuranku
Sedang hujan  itu rahmat yang tidak terhingga
Aku malu...
Membenci sang mentari kerana pancaran cahayanya memeritkan tubuhku
Sedang cahaya itulah penerang dunia
Aku malu...
Menafikan aturanMu kerana takut pintu rezekiku tertutup
Sedang Kaulah yang Maha Pemurah
Aku malu...
Mengatakan tidak pada yang batil 
kerana takut dimusuhi
Sedang Kaulah yang Maha Pelindung

Ya Allah...
Aku tidak mensyukuri nikmatMu
Aku lebih menghitung kesukaranku bukan kesyukuranku
Ya Allah...
Malu ini semakin menebal
Namun aku tahu Engkaulah yang Maha Pengampun

                                                                                                by
                                                                                Adibah,Tasoh
                                                                                       7.35 p.m

Sunday, October 17, 2010

The Chosen One

Lagi lagu Maher Zain sebagai penyejuk jiwa, penerang hati dan pelapang dada setelah seharian keluar mencari rezeki dan menimba ilmu...Alhamdulillah  semakin ramai yang menyedari dan cuba mengikut cara hidup Rasulullah SAW....